Everything is about passion and about life. Creativity comes after that. Lets make Allah first, Then Rasullullah, after That Families, last but not least friends and others
SHARING YOUR BLOG HERE
Tuesday, May 31, 2011
THE STORY OF THE EAGLE
Gambar di ambil oleh nuanisa ketika melawat pulau langkawi pada bulan feb 2010
Siapa Tahu...Dalam banyak2 burung, burung helanglah yang mempunyai Jangka Hayat yang paling Lama iaitu 70 tahun. Tetapi sepanjang hayatnya dia akan melalui pelbagai pancaroba. Sama juga seperti kita sebagai manusia. So Eagle ni dia bangga dengan appearance diri dia, fizikal dia yang gagah terbang di langit dan pantas meragut ikan di laut. "he will gift meanings & values in his life" kehidupannya tidak akan dia persiakan. ( so kita pulak bagaimana??)
"But to reach this age (70 years), the eagle must have to make a hard decision" why?? because ketika usia 40 tahun, dia alami satu keadaan yang sangat teruk di mana dia semakin lemah, kukunya tidak boleh lagi mencengkam dengan baik. ikan2 di laut mentertawakannya. Paruhnya juga sudah bengkok dan patah, dan bulu serta pelepahnya dah melekap kat dada, berat, susah nak terbang.
So to continue his life with a quality life, he need to make a change. A BIG CHANGES. He only have 2 option. Either Die or Go Through A Painful Process (Process of Change) Dia kene sanggup alami proses perubahan. Apa proses perubahannya??
The eagle kene pindah ke tempat paling tinggi, bukit or gunung, dan tempat itu hendaklah merupakan bukit berbatu. tiada pokok2 di sana. (pergi ke tempat yang tidak selesa) Selama 150 hari, No Food, No Drink, No Shelter
Ketika itu, Proses Pertama, The Eagle akan patuk paruhnya yang telah reput ke batu-batu di sekeliling sehingga berdarah2. sehingga tercabut sebab dia nak bagi paruh barunya tumbuh. Lepas tu dia tunggu paruhnya tumbuh. Lepas tu dia sakit kan lagi diri dia, dia ketuk2 pulak kuku kakinya , dihentak2 pada batu sehingga kuku kakinya tanggal dan berdarah2. Lepas tu dia tunggu kuku barunya tumbuh. Lepas tumbuhnya kuku baru dan paruh baru, dia gunakan paruh dan kukunya untuk cabut bulu-bulu dan pelebahnya yang sudah tua. Bayangkan nak cabut sehelai bulu roma pon kita dah sakit. Si helang mencabutkan semua bulunya. Dan kemudian tumbuhlah bulu-bulu baru yang CANTIK dan KEMAS
Mulai saat itu, Helang dengan megahnya mengepak sayapnya dan terbang ke udara. Lalu kita pon nampak lah helang berterbangan di PULAU LANGKAWI dengan megahnya. Helang2 itu baru lepas tempoh berherbanasi dan semangat baru telah datang. Ikan2 bertempiaran menyelamatkan diri....
Oh ini bermakna not only men, life begin at 4oth tapi helang pon jua begitu. So Moral of the story, untuk berjaya , kita mesti sanggup alami proses perubahan. Kejayaan tak mungkin sampai kalau kita tidak berusaha!!!
Monday, May 30, 2011
7 LOKASI KEDIAMAN TERBAIK DILEMBAH KLANG TAHUN 2010/ 2011
Secara umumnya kebanyakkan pemaju perumahan di lembah klang hari ini tertumpu pada pembangunan sedarhana sehinggalah penempatan mewah khususnya dibandar-bandar utama.
Dari pemerhatian yang dibuat, majoriti hartanah yang di bina pada suku pertama tahun ini adalah hartanah yang berada pada harga RM400,000 keatas yang mewakili 81% pembangunan hartanah baru. Walau bagaimanapun keseluruhan pembangunan untuk suku tahun pertama masih rendah berbanding pelancaran projek kediaman pada waktu yang sama tahun lepas.
Jika disusuri setiap pemaju dan lokasi yang cadangkan ini, hampir kesemua pemaju yang tersenarai mempunyai model pembangunan yang serupa iaitu pembangunan sebuah bandar pintar. Setelah membuat perbandingan menyeluruh, Drumah.com menyenaraikan 7 Lokasi Pembangunan Kediaman Bandar Pintar Terbaik Pada Tahun 2010 Pilihan Editor; lokasi tersebut adalah;-
1. Bukit Jelutong, Shah Alam (Sime Darby)
2. Bandar Seri Putra, Bangi (UM Land)
3. Denai Alam, Shah Alam (Sime Darby)
4. D’Alpinia, Puchong (Hap Seng Land)
5. Alam Sari, Bangi (I&P Menara Sendirian Berhad)
6. Laman Granview, Puchong, (IJM Land)
7. Jade Hills, Kajang (Gamuda Land)
2. Bandar Seri Putra, Bangi (UM Land)
3. Denai Alam, Shah Alam (Sime Darby)
4. D’Alpinia, Puchong (Hap Seng Land)
5. Alam Sari, Bangi (I&P Menara Sendirian Berhad)
6. Laman Granview, Puchong, (IJM Land)
7. Jade Hills, Kajang (Gamuda Land)
Laporan ini berdasarkan skor kredit pada lokasi dan fasiliti, reka bentuk hartanah, keluasan tanah, luas binaan, spesifikasi, tawaran harga realistik, lanskap (township) dan nilai tambah pelan pembangunaan masa hadapan jangka singkat sekurang-kurangnya 5 tahun.
Dari perbandingan diantara contoh pembangunaan diatas, terdapat permintaan dan tren pemilikan hartanah berpagar di kawasan Kuala Lumpur; manakala daerah Hulu Langat bakal terus mencatatkan permintaan yang berterusan.
Daerah Sepang kini mempunyai prospek pertumbuhan baik dengan pelan pembangunan sokongan dari pihak Majlis Tempatan yang dilakukan secara berperingkat. Oleh kerana lokasinya yang berdekatan dengan Putrajaya dan KLIA ia menjadikan Sepang sebagai lokasi berpotensi untuk diterokai.
Dari sudut sewaan, hartanah-hartanah yang berada di kawasan utama seperti Bangsar, Damansara Heights, TTDI dan Bandar Utama terus dijadikan tumpuan pelabur dengan tawaran gaya hidup moden dan faktor keselamatan menjadi pilihan.
Secara keseluruhannya, tawaran pembangunan hartanah kediaman dan plot pada tahun ini mungkin akan mengalami sedikit penurunan. Walau bagaimanapun, nilai hartanah di bandar-bandar besar utama seperti Kuala Lumpur, Damansara Heights dan Daerah Petaling mungkin akan mengalami kenaikan singkat berbanding lokasi lain yang mungkin mendatar sehingga ke penghujung tahun.
Tujuh lokasi terbaik pembangunan kediaman untuk tahun 2010 adalah satu cadangan dari pihak editor Drumah.com untuk komuniti majalah hartanah online nya. Pelabur dan pembeli dinasihati untuk membuat penilaian yang lebih mendalam sebelum membuat sebarang tindakan berdasarkan artikel ini.
Bagaimana dengan anda?
Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli rumah di ALAM SARI, boleh hubungi kami di: nuanisa@gmail.com
p/s: harga dah makin naik. Baru-baru ini rumah teres 2 tingkat di alam sari dah naik RM450,000. Apa lagi, cepat beli, lg lambat, harga makin tinggi. Segala urusan boleh diuruskan oleh pihak kami ( termasuk lawyer, proses loan, documentation dan lain2)
BILA ANDA PERLU BERJUMPA SEORANG PEGUAM
Melantik Peguam
Peguam yang akan mewakili anda di Mahkamah
Bila Anda Perlu Berjumpa Seorang Peguam
Pada amnya anda mungkin perlu berjumpa peguam untuk
- Mendapatkan nasihat tentang masalah bersifat undang-undang
- Mewakili anda di Mahkamah, jika perlu
- Membantu mengendalikan hak anda di sisi undang-undang
- Oleh itu, anda mungkin ingin berjumpa dengan seorang peguam khususnya:-
- Jika anda didakwa melakukan jenayah dan ingin mendapatkan nasihat mengenai pembelaan anda dan juga untuk mewakili anda di Mahkamah
- Jika anda ingin membuat tuntutan terhadap pihak lain, anda boleh meminta peguam membantu anda membuat tuntutan dan mewakili anda di Mahkamah
- Jika pihak lain membuat tuntutan yang tidak adil terhadap anda, anda mungkin memerlukan bantuan peguam untuk membela anda
- Perkhidmatan Yang Diberi Oleh Peguam
Peguam boleh memberi anda pelbagai perkhidmatan yang penting dan berguna. Antara perkhidmatan yang diberi oleh mereka ialah:-
- Bila seseorang berhutang dengan anda dan belum menjelaskan hutangnya walaupun telah berkali-kali anda mengingatkannya, anda mungkin ingin berjumpa peguam untuk membuat tuntutan bagi pihak anda.
- Bila anda terlibat dalam suatu kemalangan jalanraya, peguam boleh menasihatkan anda tentang langkah-langkah yang harus diambil untuk membuat tuntutan serta apa yang anda harus buat untuk melindungi diri dari tuntutan pihak lain.
- Bila anda menghadapi masalah dengan suami/isteri, peguam boleh menasihati anda tentang undang-undang perceraian, perpisahan, nafkah dan hak penjagaan anak.
- Bila anda ingin membeli rumah atau menjual rumah, peguam boleh memberi nasihat tentang prosedur yang terlibat, memeriksa semua dokumen bagi pihak anda dan memastikan bahawa hakmilik rumah itu adalah sah serta bebas dari bebanan.
- Jika anda ada masalah berkenaan dengan penyewaan harta sebagai tuanpunya atau penyewa, anda boleh berjumpa dengan peguam untuk memperolehi nasihat atau mewakili anda di Mahkamah, jika perlu.
- Sebelum anda menandatangani sebarang kontrak perniagaan atau perkhidmatan salinan deraf kontrak berkenaan boleh ditunjukkan kepada peguam dan nasihat boleh diminta.
- Apabila salah seorang ahli keluarga meninggal, bantuan peguam boleh diperolehi untuk membuat permohonan kepada Mahkamah supaya harta pusaka simati boleh dikendalikan.
Anda Mungkin Ingin Meminta Nasihat Seorang Peguam:
- Untuk membuat wasiat supaya harta anda dibahagikan mengikut kehendak anda selepas kematian.
- Untuk menukar nama.
- Untuk mengambil anak angkat
- Sebelum memulakan perniagaan atau menubuhkan syarikat
- Untuk mengetahui hak anda di sisi undang-undang dalam sesuatu perkara
Bagaimana Mencari Seorang Peguam
- Peguam tidak dibenarkan mengiklan tetapi Majlis Peguam ada menerbitkan sebuah buku panduan yang mempunyai nama, alamat dan maklumat lain yang relevan tentang semua peguam yang beramal di Malaysia. Cara terbaik untuk memilih seorang peguam adalah menerusi cadangan kawan, rakan kerja dan saudara-mara.
Berjumpa Dengan Peguam
- Jika hubungan kali pertama anda dengan seorang peguam adalah menerusi panggilan telefon, anda harus memberitahunya sebab anda menghubungi dan terus membuat temujanji.
- Pada perjumpaan nanti bawa bersama-sama anda segala dokumen relevan dan maklumkan kepada peguam semua maklumat yang perlu. Adalah lebih baik jika anda mencatat semua soalan yang hendak ditanya.
- Jangan rasa takut untuk bertanya soalan. Jika ingin, anda juga boleh bertanya kepada peguam tentang banyaknya kerja yang terlibat dan jangka masa kes.
- INGAT: Peguam anda hadir untuk membantu.
Yuran Guaman
Yuran yang perlu dibayar biasanya berdasarkan berapa banyak kerja yang telah dibuat bagi pihak anda, masa yang diambil serta kesukaran kerja yang terlibat. Kadang-kala yuran yang perlu dibayar ditetapkan oleh undang-undang: contohnya – yuran untuk jual-beli rumah
Adalah biasa bagi peguam meminta bayaran cengkeram sebelum memulakan kerja bagi pihak anda.
Sila bincang secara bebas bersama peguam anda tentang bayaran yuran. Ini adalah untuk mengelakkan salah faham. Sekiranya anda tidak puas hati dengan yuran yang dikenakan, berbincanglah dahulu dengan peguam anda. Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan, anda boleh meminta peguam anda mengatur supaya bilnya ditaksirkan, iaitu ditentukan oleh pihak Mahkamah.
Bantuan Guaman
Jika anda perlu berjumpa dengan peguam tetapi tidak mampu membayar yurannya, bantuan boleh diperolehi dari Pusat Bantuan Biro Guaman yang diuruskan oleh Majlis Peguam. Pusat Bantuan Guaman di Kuala Lumpur yang terletak di:-
Jika anda perlu berjumpa dengan peguam tetapi tidak mampu membayar yurannya, bantuan boleh diperolehi dari Pusat Bantuan Biro Guaman yang diuruskan oleh Majlis Peguam. Pusat Bantuan Guaman di Kuala Lumpur yang terletak di:-
Tingkat 6, Wisma Kraftangan
No. 9, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur.
Tel:03-2691 3005, 2693 2072
Fax:03-2963 0527
Kerajaan juga menguruskan skim bantuan guaman untuk orang yang memerlukan bantuan guaman tetapi tidak mampu membayar yurannya, Biro Bantuan Guaman Kerajaan mempunyai pejabat-pejabat di semua bandaraya dan bandar utama di Malaysia. Pejabat mereka di Kuala Lumpur terletak di:-
Biro Bantuan Guaman memberi bantuan dalam kebanyakkan perkara untuk mereka yang layak kecuali representasi bagi kes-kes jenayah.
Biro Bantuan Guaman
Tingkat 1, Wisma Cyclecarry
Jalan Raja Laut
50504 Kuala Lumpur.
Tel:03-2694 2700
Fax:03-2694 0040
Biro Bantuan Guaman memberi bantuan dalam kebanyakkan perkara untuk mereka yang layak kecuali representasi bagi kes-kes jenayah.
Majlis Peguam
Majlis Peguam adalah badan yang mengawal semua peguam yang beramal di Semenanjung Malaysia. Badan ini menetapkan piawai bagi kelakuan professional yang harus dipatuhi oleh peguam. Sekiranya anda tidak puas hati dengan perkhidmatan peguam anda, anda harus cuba menyelesaikan dengan peguam anda terlebih dahulu kerana masalah itu mungkin kerana salah faham atau putus komunikasi. Sekiranya ini tidak berhasil, anda bolehlah menulis surat kepada Majlis Peguam untuk bantuan mereka.
Alamat Majlis Peguam adalah:
MAJLIS PEGUAM
(Bar Council)
No. 13, 15 & 17, Leboh Pasar Besar
50050 Kuala Lumpur
Malaysia.
Tel:03-2031 3003
Fax:0-2026 1313;2034 2825;2072 5818
E-mail: council@malaysianbar.org.my
www.malaysianbar.org.my
PruBSN Ummah
Rancanglah masa hadapan
Kukuhkan keperluan rohani
Memenuhi keperluan rohaniah
Perlindungan dan Simpanan- semuanya dalam satu !
Ramai di antara kita merancang perkara-perkara penting dalam kehidupan ini. Kita merancang untuk kehidupan yang baik dan kita turut merancang untuk kesejahteraan untuk orang-orang yang kita sayangi. Dalam usaha mencapai kesejahteraan duniawi, sebagai umat islam, kita seharusnya turut sama memmastika keperluan rohaniah dipenuhi.
PruBSN Ummah adalah satu pelan UNIK yang akan membantu anda mencapai aspirasi anda untuk memenuhi kewajipan yang dituntut oleh agama. Ia bukan sahaja melindungi dan menyediakan simpanan pada masa hadapan, malah ia juga membantu anda sebagai seorang muslim melalui ciri-ciri uniknya seperti Elaun Haji, Badal Haji, Manfaat Berganda dan Penulisan Wasiat Islam
Sebagai peserta, anda mungkin layak menerima bonus loyalti.
Dengan kesemua faedah istimewa ini, kami percaya bahawa PruBSN Ummah akan membantu anda menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang dapat memenuhi keperluan rohaniah anda dan pada masa yang sama, memastikan anda dilindungi.
PruBSN ummah. Satu pelan yang memberikan anda tumpuan dalam persiapan rohaniah-dunia dan akhirat
SEPINTAS LALU
Apa yang PruBSN Ummah Boleh Tawarkan???
1. Manfaat-Manfaat Haji / Umrah
- Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/ Umrah
- Kami akan memastikan bahawa kewajiapan Haji anda ditunaikan sekiranya meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat mengerjakan haji menerusi Badal Haji (upah orang buatkan Haji)
- Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda menunaikan Haji/ Umrah
2. Bonus Loyalti
- Sememangnya berbaloi untuk menjadi pelanggan setia kami! anda akan diberikan bonus loyalti sebagai elaun Haji apabila anda menunaikan haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten
- pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh, tertakluk kepada terma dan syarat
3. Jaminan kewangan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh
- menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda
- memastikan tanggungjawab kewangan anda yang tertunggak dijelaskan.
- wang tunai tambahan bernilai Rm2,000 untuk manfaat khairat kematian
4.Manfaat-manfaat penyakit Kritikal
- melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit yang boleh mengancan nyawa anda
5.Tingkatkan Simpanan anda
- Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan haji, umrah, atau tujuan-tujuan lain. Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal, kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.
6. Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi
- wariskan kekayaan anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat islam.
bagi yang mempunyai kesedaran untuk membuat pelan PRUBSN UMMAH, sila hubungi kami melalui email : nuanisa@gmail.com penerangan lanjut dan khidmat konsultasi akan diberikan secara percuma.
p/s: malu bertanya sesat jalan :p
Thursday, April 7, 2011
DRY KITCHEN + MINI BAR
Assalammualaikum
Today macam ada mood nak update sedikit sahaja info.
Dalam post yang lepas2 nuanisa ada buat post about our home and living..
after a few month..a little bit changes ada kami lakukan..
but for this entry, nuanisa just wanna to share about our dry kitchen..
which is dulu just a cabinet "showcase" and not too much function..sehinggakan ada friends yang cakap this is like a space / walkway to the kitchen"; meaning no function lah tu..so kami pikirkan semula..and..see picture below
Tadaa...we make a mini bar..which is boleh muat 2 stool bar..kat picture nampak sebiji je sebab lagi sebiji kat belah dalam...so..kat sini kami boleh breakfast tanpa mengotor or menyemakkan meja makan utama..yang sentiasa teratur untuk standby tetamu nak datang...so..meja makan utama tak bersepah lagi!!
macam mana nak buat? senang aje..just cari papan2 yang terbuang..atau dijual murah, beli sesiku dan sesendal..gantungkan aje pada dinding..dan sebelah hujung yang tergantung, pakukan dengan sekeping papan lagi yang mana papan tersebut hendaklah dilekatkan di lantai dahulu...selamat mencuba..
budget : papan RM 150 + stool bar RM100x2 (RM200) = RM350..murah kan?? kalau kita tempah built in bar paling murah RM2000..fuhhh..berapa banyak dah kami save...anda pon bole jugak!!
Tuesday, February 22, 2011
TRANSFER FACTOR ADVANCE
good for everyone. pemakanan alaf baru. bukan ubat, bukan supplement, bukan vitamin tapi pemakanan yg meningkatkan sistem imun agar kenal dan lawan penyakit. kami sekeluarga menggunakannya.
Transfer Factor (immune IQ), tiada campuran lain. Merangsang Sistem Imun untuk meningkatkan sel Natural Killer sehingga 283% dan dapat mengimbangi sistem immune. Boleh diambil oleh orang tua, kanak-kanak dan juga bayi. Contoh kegunaan lain: kencing manis, sakit kulit, sakit lutut, sakit gigi, migraine, buasir, letih lesu, lemah otak, asma semput, batuk, gaout, sakit buah pinggang, autisma, sawan, sinus, TB, hepetetis, dll
berminat, dan untuk keterangan lanjut serta tempahan, email kan ke:
nuanisa@gmail.com
Thursday, February 17, 2011
Monday, January 24, 2011
TV FEATURES WALL
Next project NUANISA adalah menDECO ruang family di tingkat atas. Sketches telah disediakan dan pencarian furniture and accessories sedang dijalankan. Walaupun kita boleh mendapatkan set features wall untuk TV yang dah siap berkabinet and rack di kedai-kedai furniture or custom made, kita boleh juga buat or compose sendiri. Misalnya kita boleh beli beberapa buah rack , small kabinet dan frame gambar. Kita susun dengan kreatif bersama tv, lekatkan/gantung sendiri di dinding. Haislnya memuaskan dan budget maybe tak sampai seribu. Semalam NUANISA survey tv rack / decoration tv wall satu set ada yg mencecah RM 5999. Huh..tak payah la...ambil drill, pasang la rack2 sendiri and kalau nak cantik lagi lekatkan wallpaper or fabric pada dinding, or color kan dinding dengan cat bewarna menarik.
so, kami masih lagi dalam merekabentuk on paper, jadi tak adalah lagi gambar ruang family kami. Tapi disini NUANISA nak share beberapa gambar deco family hall / or tv features wall decoration untuk tatapan bersama and untuk kita buka minda.
composition garis melintang dan menegak yang menawan
yang ni simple, nak nampak timbul, colorkan warna dinding belakang dengan warna terang
yang ni nampak elegant..hitam putih, tv kat sebelah kiri, tak semestinya kat centre. bila clean cut macam ni, accessories mainkan peranan dan kene beli yang cantik2 or unik.
ini contoh biasa dimana rack tv sama je macam rack buku biasa
yang ini gabungan line horizontal and vertical..garis menegak dan melintang. nampak dinamik
yang ni dia buat kat bahagian bawah lah jadi tempat letak barang. serabut sikit. tapi kat bahagian tv kene kosongkan. atas tv tak ada ape-ape, barulah tak nampak serabut
ini SIMPLE and UNIK. Kita boleh compose kan a few jenis rack or cabinet pelbagai cara ikit kreativiti
macam ni adalah composition rack-rack. So bahagian yang luas letak TV. biasa je..
kalau macam ni kita boleh susun sendiri. Beli beberapa buah rack, drill and gantungkan/lekap di dinding. boleh guna untuk letak frame gambar, hiasan or books. Boleh dipelbagaikan jenis rack. ada yang tertutup dan ada yang terbuka
yang ini NUANISA recommend sangat. SIMPLE but NICE. Lagi-lagi composition black & white...+ accessories color red..wow..cantik and elegant. nampak professional. KEMAS
pendek kata, ada banyak cara yang menarik, so kita boleh try susun sendiri, tak payah upah ID designer buatkan benda-benda mcm ni. Senang je..tepuk dada tanya selera.. kalau nak buat seribu daya, tak nak seribu dalih. so, bila NUANISA punya family hall dah siap, kami akan tunjukkan gambarnya... :)
Tuesday, January 4, 2011
BUSINESS CARD PRINTING OFFER
1. email your business info to us
2. Make a payment
3. We design for you
4. You can check it first
5. We print and send it to you
very easy and your business card will look smart
wait, here we have a good news...
3 best person will get 1 set business card for free!
what you need to do are:
1st : help us to advertise our banner as creative as you can (picture above)
2nd: be our followers
3rd: inform us what you have done by drop your information at comment corner for this post
simple and easy right?
:)
Subscribe to:
Posts (Atom)
















