Everything is about passion and about life. Creativity comes after that. Lets make Allah first, Then Rasullullah, after That Families, last but not least friends and others

SHARING YOUR BLOG HERE

Showing posts with label MOTIVATION. Show all posts
Showing posts with label MOTIVATION. Show all posts

Monday, December 26, 2011

MENGHAFAL AL-QURAN


Assalammualaikum
kepada semua
Hari ini nuanisa terfikir tentang untuk melanjutkan pelajaran
ke satu tahap yang lebih khusus dan 
penghayatan yang lebih mendalam.
Kaji punya kaji, last2 pikir, kenapa nak susah2 nak kaji
atau nak belajar sesuatu benda yang penuh dgn teori dan andaian semata?
sedangkan ada satu ilmu yang nyata lagi terang belum pon kita kuasai 
iaitu Ilmu al-quran yang diturunkan oleh Allah sebagai panduan kepada hambanya
jadi sekiranya al-quran ada di hati dan diminda kita, persoal kan la apa sahaja,
pasti dan insyaallah kita mampu menghuraikannya.
al-quran ini adalah pedoman kita semua.
Yang pasti nuanisa tertarik dengan kursus2 seperti Ijazah sarjana muda tahfiz al-Quran dan Hadis.
Ya inilah yang patut kita pelajari.
Ingat apa Allah pernah bersabda? kan Allah dah katakan yang sekiranya Akhirat yang dicari, pastinyakejayan dikecapi dari dunia lagi..

cuba renungkan ini:
http://aburifqi.wordpress.com/2007/11/21/metode-menghafal-al-quran/
AL-Quran bagi umat Islam adalah cahaya dan petunjuk hidup artinya Al-qur’an bukan sekedar hanya kita tilawah saja melainkan harus kita pahami maknanya dan juga kita amalkan dalam kehidupan. Akan tetapi sebagai umat Islam sudahkah kita memberikan “perhatian” yang sudah pantas untuk AL-Qur’an? Sebagai Instropeksi bagi kita semua mari kita renungkan hal-hal berikut :

1. Berapa ayat atau surat yang kita baca tiap hari ?

2. Berapa waktu yang kita sisakan bagi Al-Qur’an untuk kita tadabburi?

3. Di usia kita sekarang ini sudah berapa surat Al-Quran yang kita hafal? apakah total sudah ada 5%,10%? Ingat ini adalah kitab suci kita?

4. Diantara surat yang kita hafal, apakah ada yang sudah kita pahami betul maknanya?

5. Berapa bagiankah dari Al-Qur’an yang sudah mampu kita amalkan dengan baik?

Tuesday, December 13, 2011

ANDAI CINTA INGIN DI BAWA KE SYURGA KENAPA DIBIARKAN CINTA ITU ADA NOKHTA DAN PENGHUJUNGNYA

Khas buat cahaya yang menyuluh hidupku
Hadirmu bukan sebagai penutup kisah cintaku 
Tapi Hadirmu adalah untuk aku mendaki cinta
yang setiap hari aku ingin cari 
dalam diam aku mencintaimu kerana 
Allah s.w.t yang maha pengasih lagi maha penyayang


Ya allah, makin jauh aku dari mu,
makin jauh juga cinta kami
bila aku mendekatimu
cintaku mula mekar dan mewangi
lantas aku pohon agar aku tidak lagi jauh darimu
agar aku tidak derita di dunia ini
dan selamat diakhirat kelak..
aminn...

begitu indah melihat apa yang tersirat pada yang tersurat

Wednesday, December 7, 2011

JUARA USTAZAH PILIHAN

 Tahniah
FIRUZ AKHTAR BINTI HJ BUKHARI LUBIS !
Di atas kejayaan sebagai Juara Program Realiti Ustazah Pilihan di Astro Oasis
dan telah membawa pulang ;

1) hadiah kereta peugeot 207, 

 >moga kereta ini digunakan untuk berdakwah dan manfaatkan la ia dengan sebaik baiknya. 
(Kalau nak bawa asyah n asyraf jalan-jalan pon ok gak..dapat merasa naik kete firuz ni  :))

2) biasiswa dari Al Madinah International Foundation, 
3) pakej umrah dan haji, 
4) pakej SPA bernilai RM5000 
5) dan trofi serta wang tunai bernilai RM20 000 sumbangan Astro.

syukur alhamdulillah
 Firuz,
sahabatku,
kini kau telah masuk ke dalam satu dunia baru. 
dunia yang lebih banyak pancaroba
berhati-hatilah,
semoga sentiasa berjalan di landasan yang benar,
teruskan perjuangan dalam menyampaikan
dakwah islamiah kepada manusia sejagat
secara langsung dan secara tidak langsung,
sebagai sahabat, aku sgt mengagumimu,

(perenggan ini telah di delete atas sebab-sebab tertentu)




 
huhu, masih teringat
ketika kecil, kami juga kawan baik,
kami sering diejek sebagai kembar,
Firuz selalu jadi juara dalam berpidato n storey telling dan aku, selalu menang dalam pertandingan melukis,
aku tak pandai bercakap tapi boleh melukis, firuz pula petah bercakap
dan firuz pernah berkata, kalau salah sorang dari kita tak ada di dunia ni
salah sorang tolong la jaga anak-anak kita.
lalu ku berkata, takkanlah kita nak kongsi suami :p sambil tersenyum :)


lepas tamat tingkatan 3, kami terpisah
dan bertemu semula ketika hari perkahwinan ku
firuz sentiasa ke luar negara..
dan kalai terakhir ku contact firuz, dia maklumkan
dia telah selamat bertunang
semoga bakal suami firuz terus menyokong minat dan usaha firuz selama ini
janganlah jadikan perkahwinan itu penghalang kepada usaha dan cita-cita..

setelah teruja dgn kemenangan firuz malam tadi,
terus ku selak gambar ketika di sekolah menengah dulu
ramai yang kata kami kembar sbb apa tak nye, dari darjah satu
duduk sebelah meja di kelas agama...sampai tingkatan 3..
manisnye bila dikenang. Ini salah satu gambarnye,



sekali lagi tahniah diucapkan kepada kawanku..
selamat berdakwah...
allah telah mengamanatkan sat tanggungjawab yg besar tu sebenarnya...
insyaallah kita same2 berjuang ke jalan Allah





Sunday, December 4, 2011

TIPS UNTUK KAYA & BERJAYA DI DUNIA & AKHIRAT


 NO EXCUSES !
Inilah Tips yang Utama
Tiada alasan lagi untuk berjaya!
Siapa yang belum ada buku ini,
sila beli!
sesuai bagi orang yang:
>banyak alasan
>cakap tak serupa bikin
>banyak tanggungjawab tapi tak tau nak bertanggungjawab
>irihati orang lain berjaya tapi tak tahu mcm mana nak berjaya
>baru berumahtangga
>rase diri banyak kekurangan
>rase dah tak ada makna hidup ini
>rase diri kosong
>hutang ngan along
>banyak pinjam duit orang
>tak pernah pergi jalan-jalan
>orang sekeliling asyik membebel 
>dah tak tahu hala tuju
and mcm2 jenis orang lagi..

So apa kata, nuanisa review sikit apa yang terkandung dalam buku ni,
buat tatapan sume manusia sejagat
kalau tak reti benor la nak beli buku macam ni kat mana, 
email nuanisa, nuanisa bole post kan

Rumusan kepada buku ini secara point, boleh rujuk pada entry sebelum ni
Ingatlah terdapat beribu-ribu penyebab kegagalan, tetapi tiada satu pun daripadanya layak menjadi alasan yang terbaik sebab tiada alasan sebenarnya untuk berjaya!
> mengapa ada orang yang lebih berjaya dari kita sedangkan umurnya sebaya dengan kita?
>mengapa ada yang mempunyai duit banyak, hidup bahagia dan menyumbang lebih banyak bakti kepada orang sekeliling dan masyarakat?
>Apakah kekurangan diri kita berbanding orang-orang tersebut?
>dan apa pula "rahsia" sebenar kejayaan mereka?

persoalan ini sering di minda kita. kan?
pasti semua orang mahu
-menggandakan pendapatan!
-mendapat tubuh badan yang sihat!
-bebas dari hutang bank!
-punya isteri / suami yang hebat!

tapi bila diberi tips pasti yang kata, Nanti saya lakukan...kenapa Nanti?
sepatutnya Sekarang saya lakukan!

dek kerana asyik sebut Nanti sememanglah perkara-perkara diatas hanya dinanti-nantikan sahaja, tetapi tidak berkunjung tiba juga. Gara-gara siapa? Kita juga..kan

Syarat pertama untuk berubah, adalah bebaskan diri 
dari "kepulauan Nanti!"
untuk ingin berjaya, anda mesti sanggup lakukan perubahan.
Dalam entry yang dolu-dolu, nuanisa ada cite sikit
mesti baca!
Prinsip yang paling utama untuk mencapai kejayaan adalah Disiplin Diri.
Ada kurang lebih 999 prinsip lain yang dikaji, tetapi tanpa ada satu sifat disiplin diri, semua prinsip tadi tidak akan berjaya! Percaya tak!
Melalui disiplin diri, kesemuanya boleh mencapai kejayaan yang diidam

Oleh itu Disiplin diri adalah kunci kejayaan dan kegagalan mendisiplinkan diri adalah kunci kegagalan!
Disiplin diri ini juga boleh didefinisikan sebagai Menguasai Diri


BERFIKIR JANGKA MASA PANJANG
ORang yang berjaya berfikir untuk jangka masa panjang
Nikmat jangka masa pendek selalunye berakhir dengan kesengsaraan
orang yang berfikir jangka masa panjang sebenarnya adalah orang yang melakukan pengorbanan.
Bersusah dahulu untuk kesenangan pada masa hadapan.
Ini sesuai dalam 
>hal-hal kerja, 
>kerjaya, 
>rumahtangga, 
>kewangan 
>dan pembentukan peribadi diri

dan orang yang bijak adalah orang yang menggunakan Seminitnya dengan 59 saat untuk berfikir, dan satu saat bertindak!

Lagi Tips lain
^ Bekerja keras
^Sanggup bekorban
^Belajar daripada yang pakar
^Kesihatan fizikal n mental berterusan
^Say Yes in everthing you do
^pupuk nilai terpuji dalam diri
^buang sifat keji dalam diri
^Struktur peribadi
^Lakukan perkara yang benar
^Tinggalkan perkara yang salah
^Tumpukan apa yg diingini / Fokus
^Lupakan kesilapan Ibu Bapa
^Jangan cari kesilapan orang lain
^Nilai diri sendiri dahulu
^Buang perasaan negatif
^Hidup dengan positif
^Bertanggungjawab
^Miliki diri sendiri dan mengawal diri sendiri bukan orang lain
^ Pilih jalan hidup sendiri bukan hidup dikawal orang lain
^Bekerja untuk hidup bukan Hidup Untuk bekerja!
^Gandakan peluang kejayaan
^Kuasai cita-cita bukan berangan sahaja
^Tetapkan matlamat (-namakan matlamat tersebut, 
-tuliskan sebagai rekod, 
-tetapkan tarikh untuk mengecapinya,
-Senaraikan action yang perlu dibuat
-Aturkan action-action itu mengikiut urutan keutamaan untuk dilaksanakan
-Lakukan apa yang dirancang, by hook or by croock
-Lakukan perkara yang menyumbang kepada kejayaan)
^Tulis 10 cita-cita tapi pilih 1 cita-cita
^Buat perancangan
^Cambahkan minda (pikir mendalam)
^Jadi tuan kepada diri sendiri
^Bersama-sama dengan kumpulan orang yang berjaya
^Elakkan berada dalam kelompok orang yang mundur
^Ingat, diri kita tiada had potensi! Sentiasa berpotensi tinggi (Allah ciptakan kita dgn sempurna!)
^Jadikan perkara biasa sebagai perkara luar biasa (think out of the box)
^Mesti buat keputusan..jgn biarkan pending aje
^Belajar dari tokoh hebat
^Mencapak perasaan takut
^Beranikan Diri
^Mencuba!
^Berdiri dan bercakap!
Hampiri ketakutan dapat hilangkan ketakutan
^Melakukan Apa yang DIkata!
^Meletakkan standard yang tinggi
^Atasi rasa takut ditolak
^Mengurus Masa
^Mulakan Hari Ini!
^Lakukan yang terbaik
^Tenangkan fikiran
^Lakukan perkara yang digemari
^Menaikkan harga diri orang lain
^ Mengutamakan keluarga
^Memupuk rohani diri
^Meninggikan martabat agama
^Terima  orang seadanya
^Lebih banya Mendengar dari berkata
^Menjadi Pemaaf
^Lupakan kesalahan dan melihat kebaikan orang
^Melayan orang seperti mana kita mahu dilayan

Fuhhh...banyak yang dapat dikupas
tapi apa yang pasti, langkah utama anda hari ini,
cuba lakukan ini:-

Tuliskan 3 perkara ini dan tampalkan di workstation anda atau
mana-mana tempat yang anda sentiasa akan memandangnye.
1) Your Daily Quotes
2)Your Goal / dreams
3) Your Checklist (Work do be done!)

selamat maju jaya!

Wednesday, November 30, 2011

THE MIRACLE ABOUT SELF-DISCIPLINE


.
WHAT YOU WILL GET IF YOU HAVE SELF-DISCIPLINE??
^Personal Success
^Good Behavior
^Responsible Person
^Archive Goals & Target
^Ambitious
^High Moral Values
^High Confidence
^Brave

WHERE TO PRACTICE SELF-DISCIPLINE??
^At Work
^In Leadership
^Business
^Finance
^Time Management 
^Problem solving

THE RESULT....
^Happy in Life
^Healthy
^Physically Active
^Healthy Marriage
^Quality Families
^Good relationship
^Friendship
^Peaceful


Tuesday, November 29, 2011

REVIEW BLOG

Ujang 
(Not his real name)
with his blog;
Erti Kehidupan
Who knows ??? after a few years.... 
i found my little boy neighbor 
turned up as a glamor adult..
through his blog life :)
Not just an adult 
but also as a responsible adult,
He already be a husband for his wife,
Will be a father to his children 
( her wife is pregnant right now)
Have a job and join the community
And i can see a bundle of effort on him in
updating his knowledge about life, current issues, artist
and so on. He knew ....and he has met a lot of artist 
Maybe after this he will talk more about
religious, and advise all friends to follow
Rasullullah behavior in daily life
Start from that, i believe, he also will love to learn more about it
because when we tell one thing to the others,
we will get another 10 new things to upgrade our life

that is way i love to name my blog
Sharing everything...
and i hope one day everybody love to share anything 
with nuanisa
After bonded together,
nuanisa do everything together
we learned from experiences 
and they teach us a lot about life 
start from involved in photography's world
then love to make photo books
then after surrended 2 days in beijing,china,
we love to travel more frequent without feel fear,
our next destination is San Francisco.
To practice what we have learned,
we buy a wonderful house and decorate it
with a minimum budget and do it ourselves but successful 
until one of Malaysian Magazine, IMPIANA come to visit
our home and our home n living has been published inside our favorite magazine.
after getting birth for our 2nd child,
we start thinking to be more cheerful and attractive
to help our children be such as a proactive and happy kids,
so the women(nisa) went to a training about health n beauty,
then fallen in love with Mary Kay till be a seniour beauty consultant
and got reward and a miracle happen
While the men(nua) found Prudential and now
successful and be one of the favorite agent among friends, relatives and strangers
till has been rewarded star club holiday award to san francisco.
How beautiful..and then we realize the miracles is not just happen itself
because after all..no pain no gain.. 


Monday, August 15, 2011

BACALAH SEHINGGA HABIS...

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri

"Apelah awak ni....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung...Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik pula" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau ni, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kayalah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakon yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut pula hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa ke dinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak...berdenyut2... "Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "siapa pula ni sibuk je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko ni? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri ni tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ada apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalah lah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom lah cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ni pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa, Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula
mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang
bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi
Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak
pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG
seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri
dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa
panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan
AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa?
Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat ni khas utk Abang. Bacalah
semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari ni
hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan
Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana
tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa.
Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa
pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah
hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging
Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka.
Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan
dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa
hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini
Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang
menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan
berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan
Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana
menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi
Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari
keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada
kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar
kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat
mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan
ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan
halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya
Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya
emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama
emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang
terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar
kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata
orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah
Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah
peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan
mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa



Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KE AKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang ditepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

p/s: aku cuma mau sharing....sedih aku baca...huhu

Friday, August 12, 2011

SEMANGAT BARU


Kini nisa labih bersemangat dalam mengharungi kehidupan akan datang. Mana dapat semangat ni? Selepas tamatnya kursus grooming dari Mary Kay...Kini nisa tahu yang sesiapa sahaja boleh berubah menjadi lebih baik, disiplin, menawan dan berkeyakinan bila ada kemahuan...hendak seribu daya..tak nak seribu dalih. bagi wanita dan ibu-ibu di luar sana...hargailah setiap saat dengan memenuhi kehidupan yg penuh bermakna untuk diri sendiri dan orang lain di sekeliling kita.... buat kata pepatah bos saya "jgn transfer stress ko pada orang lain...tapi transfer lah keceriaan ko pada orang"..maknanya senyum tu mmg la penawar segala kesulitan...

Boleh ker? jgn bertanye lagi...bersedia dan pekak kan saja bunyi lalat2 di sekeling yg selalu kata kita tak boleh dan tak mampu...kita buat saja apa yg kita pikir kan..yg penting tak keluar dari landasan Islam..Pokok Pangkal Allah yang diutamakan...agama..keluarga ,DIRI SENDIRI dan masyarakat....lakukan sekarang...masa tak akan kembali.... :)

Tuesday, May 31, 2011

IN OCCUPATION

  Dalam kerjaya " if you have an oppurtunity to share with others, please share with them with clearly" bukan nak menyombong atau riak untuk bagitau kita kerja ape. Tapi supaya orang tau kita ni professionalism di bidang ape jadi mudah untuk orang merujuk pada kita bila memerlukan khidmat bantuan di bidang yang kita pakar. Misalnya seorang dokter yang malu2 alah tak bagi tau jiran2 yang dia sebenarnya kerjanya adalah dokter, sampai satu masa salah seorang jiran sakit, sume orang gegas2 carikan bantuan, padahal dokter tu ade kat situ jugak, tapi teragak2 sbb sume org tak tahu dia dokter. Tapi kalau dia betul2 profesional, dia akan cakap "ketepi biar saya bantu, saya dokter" baru betul.


Pengalaman Bukan sekadar teori tapi ia adalah cara mendapat ilmu secara hands on yang akan kekal sampai bila-bila diingatan. Sekiranya diberikan tugasan, apa salahnya dilebih2kan sedikit tugasan itu, janagn berkira sangat. kerana hasilnya kita juga yang dapat. Kita penat tapi hasil berbaloi. Bukan sekadar dapat pujian tapi hati kita juga puas, kan? 


Seperti menutup aurat. Jika kita berkira-kira menutup aurat, ngam2 je pakaian pada aurat tersebut. Misalnya kaum lelaki auratnya pusat ke lutut, tapi nak ke kita gi kerja pakai baju yang tutup pusat hingga lutu aje? mestilah kita lebihkan pakai dari leher hingga ke buku lali. Barulah nampak elok dan sedap pandang dek mata. Begitu juga kerja..Jika kita lebih2kan effort kita, hasilnya amat memuaskan.


So kat sini nuanisa juga nak bagi tau, "Gunakanlah kepakaran aku" sekiranya ade bidang yang korang perlukan pertolongan tu berkaitan dengan bidang kitaorang. 

Nua : Seorang Financial Consultant, Prudential, atau wealth Planner. 
Service Provided: Macam2 termasuklah Insurans, Investment, Protection, Madical Crad, Retirement plan, education plan, savings, Unit trust dan etc.
Nisa: Seorang Arkitek yang boleh design pelbagai benda ,selain dari design bangunan tut=rut design product, graphic, card, t-shirt, album dan macam2 ada.

Disamping itu kami juga ada memberikan khidmat nasihat dan menjual produk2 kesihatan seperti Rokok Resdung, Transfer Factor dan Bio-Aura. Kami juga broker untuk Properties seperti lot tanah dan rumah.


So kami dah bg tau siapa kami, anda juga kene bagi tau siapa anda, jadi kita boleh tau kepakaran masing2 untuk dirujuk. Rasullullah sendiri mempunyai sifat menyampaikan bukannya menyembunyikan. Dan sesungguhnya kepandaian dan kepakaran kita itu bukan untuk kita seorang tapi dikurniakan oleh Allah untuk membantu orang lain terutamanya sesama sedara seagama.

THE STORY OF THE EAGLE







Gambar di ambil oleh nuanisa ketika melawat pulau langkawi pada bulan feb 2010

Siapa Tahu...Dalam banyak2 burung, burung helanglah yang mempunyai Jangka Hayat yang paling Lama iaitu 70 tahun. Tetapi sepanjang hayatnya dia akan melalui pelbagai pancaroba. Sama juga seperti kita sebagai manusia. So Eagle ni dia bangga dengan appearance diri dia, fizikal dia yang gagah terbang di langit dan pantas meragut ikan di laut. "he will gift meanings & values in his life" kehidupannya tidak akan dia persiakan. ( so kita pulak bagaimana??)

"But to reach this age (70 years), the eagle must have to make a hard decision" why?? because ketika usia 40 tahun, dia alami satu keadaan yang sangat teruk di mana dia semakin lemah, kukunya tidak boleh lagi mencengkam dengan baik. ikan2 di laut mentertawakannya. Paruhnya juga sudah bengkok dan patah, dan bulu serta pelepahnya dah melekap kat dada, berat, susah nak terbang.

So to continue his life with a quality life, he need to make a change. A BIG CHANGES. He only have 2 option. Either Die or Go Through A Painful Process (Process of Change) Dia kene sanggup alami proses perubahan. Apa proses perubahannya??

The eagle kene pindah ke tempat paling tinggi, bukit or gunung, dan tempat itu hendaklah merupakan bukit berbatu. tiada pokok2 di sana. (pergi ke tempat yang tidak selesa) Selama 150 hari, No Food, No Drink, No Shelter

Ketika itu, Proses Pertama, The Eagle akan patuk paruhnya yang telah reput ke batu-batu di sekeliling sehingga berdarah2. sehingga tercabut sebab dia nak bagi paruh barunya tumbuh. Lepas tu dia tunggu paruhnya tumbuh. Lepas tu dia sakit kan lagi diri dia, dia ketuk2 pulak kuku kakinya , dihentak2 pada batu sehingga kuku kakinya tanggal dan berdarah2. Lepas tu dia tunggu kuku barunya tumbuh. Lepas tumbuhnya kuku baru dan paruh baru, dia gunakan paruh dan kukunya untuk cabut bulu-bulu dan pelebahnya yang sudah tua. Bayangkan nak cabut sehelai bulu roma pon kita dah sakit. Si helang mencabutkan semua bulunya. Dan kemudian tumbuhlah bulu-bulu baru yang CANTIK dan KEMAS

Mulai saat itu, Helang dengan megahnya mengepak sayapnya dan terbang ke udara. Lalu kita pon nampak lah helang berterbangan di PULAU LANGKAWI dengan megahnya. Helang2 itu baru lepas tempoh berherbanasi dan semangat baru telah datang. Ikan2 bertempiaran menyelamatkan diri....

Oh ini bermakna not only men, life begin at 4oth tapi helang pon jua begitu. So Moral of the story, untuk berjaya , kita mesti sanggup alami proses perubahan. Kejayaan tak mungkin sampai kalau kita tidak berusaha!!!