Secara umumnya kebanyakkan pemaju perumahan di lembah klang hari ini tertumpu pada pembangunan sedarhana sehinggalah penempatan mewah khususnya dibandar-bandar utama.
Dari pemerhatian yang dibuat, majoriti hartanah yang di bina pada suku pertama tahun ini adalah hartanah yang berada pada harga RM400,000 keatas yang mewakili 81% pembangunan hartanah baru. Walau bagaimanapun keseluruhan pembangunan untuk suku tahun pertama masih rendah berbanding pelancaran projek kediaman pada waktu yang sama tahun lepas.
Jika disusuri setiap pemaju dan lokasi yang cadangkan ini, hampir kesemua pemaju yang tersenarai mempunyai model pembangunan yang serupa iaitu pembangunan sebuah bandar pintar. Setelah membuat perbandingan menyeluruh, Drumah.com menyenaraikan 7 Lokasi Pembangunan Kediaman Bandar Pintar Terbaik Pada Tahun 2010 Pilihan Editor; lokasi tersebut adalah;-
1. Bukit Jelutong, Shah Alam (Sime Darby)
2. Bandar Seri Putra, Bangi (UM Land)
3. Denai Alam, Shah Alam (Sime Darby)
4. D’Alpinia, Puchong (Hap Seng Land)
5. Alam Sari, Bangi (I&P Menara Sendirian Berhad)
6. Laman Granview, Puchong, (IJM Land)
7. Jade Hills, Kajang (Gamuda Land)
2. Bandar Seri Putra, Bangi (UM Land)
3. Denai Alam, Shah Alam (Sime Darby)
4. D’Alpinia, Puchong (Hap Seng Land)
5. Alam Sari, Bangi (I&P Menara Sendirian Berhad)
6. Laman Granview, Puchong, (IJM Land)
7. Jade Hills, Kajang (Gamuda Land)
Laporan ini berdasarkan skor kredit pada lokasi dan fasiliti, reka bentuk hartanah, keluasan tanah, luas binaan, spesifikasi, tawaran harga realistik, lanskap (township) dan nilai tambah pelan pembangunaan masa hadapan jangka singkat sekurang-kurangnya 5 tahun.
Dari perbandingan diantara contoh pembangunaan diatas, terdapat permintaan dan tren pemilikan hartanah berpagar di kawasan Kuala Lumpur; manakala daerah Hulu Langat bakal terus mencatatkan permintaan yang berterusan.
Daerah Sepang kini mempunyai prospek pertumbuhan baik dengan pelan pembangunan sokongan dari pihak Majlis Tempatan yang dilakukan secara berperingkat. Oleh kerana lokasinya yang berdekatan dengan Putrajaya dan KLIA ia menjadikan Sepang sebagai lokasi berpotensi untuk diterokai.
Dari sudut sewaan, hartanah-hartanah yang berada di kawasan utama seperti Bangsar, Damansara Heights, TTDI dan Bandar Utama terus dijadikan tumpuan pelabur dengan tawaran gaya hidup moden dan faktor keselamatan menjadi pilihan.
Secara keseluruhannya, tawaran pembangunan hartanah kediaman dan plot pada tahun ini mungkin akan mengalami sedikit penurunan. Walau bagaimanapun, nilai hartanah di bandar-bandar besar utama seperti Kuala Lumpur, Damansara Heights dan Daerah Petaling mungkin akan mengalami kenaikan singkat berbanding lokasi lain yang mungkin mendatar sehingga ke penghujung tahun.
Tujuh lokasi terbaik pembangunan kediaman untuk tahun 2010 adalah satu cadangan dari pihak editor Drumah.com untuk komuniti majalah hartanah online nya. Pelabur dan pembeli dinasihati untuk membuat penilaian yang lebih mendalam sebelum membuat sebarang tindakan berdasarkan artikel ini.
Bagaimana dengan anda?
Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli rumah di ALAM SARI, boleh hubungi kami di: nuanisa@gmail.com
p/s: harga dah makin naik. Baru-baru ini rumah teres 2 tingkat di alam sari dah naik RM450,000. Apa lagi, cepat beli, lg lambat, harga makin tinggi. Segala urusan boleh diuruskan oleh pihak kami ( termasuk lawyer, proses loan, documentation dan lain2)
No comments:
Post a Comment