Everything is about passion and about life. Creativity comes after that. Lets make Allah first, Then Rasullullah, after That Families, last but not least friends and others

SHARING YOUR BLOG HERE

Monday, July 9, 2012

STEP BY STEP CHEESE TART






Assalammualaikum
Sempena Hari Baik Bulan Baik yang bakal menjelma
Disini saya akan berkongsi resipi 
BLUEBERRY CHEESE TART
dan langkah2 membuatnya
STEP BY STEP

seronok bukan. yang ini saya bukan buat dari kilang atau kedai tapi
saya hanya buat dirumah menggunakan perkakas umah yang ada
so anda juga boleh buat
pasti jadi
TART MELEKAT DI LANGIT MULUT...yummy!!

Sebelum start, kita masuk DAPUR dulu 
Yokk!!
selamat datang ke Dapur kecik molek saya



oh ya sebelum tu nak bagi tau yang perlu ada
OVEN bukan MICROWAVE ya
kalau guna MICROWAVE tart akan jadi batu :)
beli kat JJ ada Oven kecik cuma RM99 sahaja





Bahan-bahannya:
seperti di bawah.
kalau tak nampak email saya di
nuanisa@gmail.com

ok sediakan bahan-bahan tersebut di depan anda
penting untuk ada penimbang
gunakan DIGITAL SCALE lebih mudah
lepas dah ada DIGITAL SCALE ni seronok nak cuba buat apa-apa resepi pon





Buat Shell Tart dulu
Masukan mentega dan gula ising seperti dalam sukatan yang diberikan


Gaulkan mentega dan gula ising seperti biasa tak payah laju pon takpe
bukan nak buat kek pon kan
kacau hingga sebati








Masukan pula telur sebiji gred B
keluarkan sikit putih telurnya supaya tak keras sgt kulit dia
pastu masukan sesudu esen vanila
gaul dalam mangkuk lain sebelum masukan dalam acuan mentega ngan gula ising tadi





kacau hingga sebati




masukan pula tepung gandung
dan kacau lagi sehingga jadi 
DOH




sebelum tu lupa nak bg tau. cuci dulu bekas acuan
dan bakarkan dulu bekas acuan selama dalam 5 minit
ni bertujuan agar shell tart tadi tak melekat lepas masak dan mudah tuk tanggalkan
percayalah, ikut ajar petua ni









ok ni rupa bila adunan tadi dah jadi DOH
boleh simpan dalam peti sejuk atau dibiarkan dalam suhu bilik semalaman
tutup dgn plastik atau pinggan pada mangkuk simpanan adunan tadi.
ni kalau tak nak terus makan tart tu tapi nak siapkan DOH banyak2.


Bentuk kan doh jadi gentelan kecil
dan tekan2 masuk dalam acuan
nipis2 je
tepi2 yang terlebih tekan ngan jari tuk kerat




bakarkan shell tart tadi dalam 10 minit-20 minit
suhu 170-180
tengok oven masing2. kalau ada oven yang masaknya dah tak sekata
jangan lupa pusingkan try beberapa kali agar tak hangus


ok kalau anda ikut petua panaskan dulu acuan tu tadi
pasti mudah tuk keluarkan shell tart dari acuan lepas masak
terbalikan aje dah tanggal 




boleh buat banyak2 dan simpan dalam botol kedap udara di peti sejuk tuk tahan lama.
bila dah rase nak start letak filing keluarkan semula dari peti sejuk


saya terlupa nak ambil gambar putar cheese dengan gula ising.
tapi mcm biasa la putarkan aje sampai nampak adunan cheese ni bila time berputar nampak lain2 ombak. tu kiranya dah jadi gebu


saya punya cara senang, tak payah guna piping plastic saya gunakan botol
piping..hehehe dah ada jual dah skrg.
botol ni lembik mcm plastik juga tuk kita picit2. ringan aje
so masukan filing cheese dan blueberry pada botol berasingan



picit dulu blueberry di dasarnya
kalau suka manis lebih kan kalau tak suka kurangkan
kalau tak suka langsung tak payah letak :)

  
pastu tutup ngan filing cheese. letak byk2 kalau sikit nanti dia mengecut. biar banyak jadi gebu


picit blueberry buat dot2 kat atas permukaan cheese
then amik kayu pencunggil gigi yang BARU ke tuk jalankan sekali lalu pada dot2 tu
jadilah bunga2 love



pastu bakar kan semula.
ermmm dah SIAP!


SEDAP hingga MELEKATZ di LANGIT2 mulut anda
:)


Sesuai di makan sebagai desert lepas makan malam atau ketika bersantai waktu
petang. Sedap sekali makan ketika Sejuk (baru keluar dari peti sejuk) atau 
ketika Panas(Baru kelluar dari oven)

untuk sebarang Pertanyaan atau tempahan sila hubungi:

Sempena Ramadhan dan Hari Raya yang bakal menjelma
saya hanya kira
70 sen sebiji
so sekotak ada 50 biji
jadinya sekotak RM35 sahaja
delivery tuk kawasan lembah klang sahaja
kalau saya ada ke Melaka atau ke negeri lain nanti saya inform
nak datang amik sendiri pon bole
Delivery untuk 4 kotak keatas
lain-lain hal just email aje di

1 comment:

Anonymous said...

salam..saya nak tny, cheese tart ni kena simpan dlm fridge ke? brapa lama tahan