Everything is about passion and about life. Creativity comes after that. Lets make Allah first, Then Rasullullah, after That Families, last but not least friends and others

SHARING YOUR BLOG HERE

Wednesday, March 31, 2010

AISYAH GROWING UP AND UP


Nyenyak Aisyah Tido Selepas Lahir Ke Dunia. Selesa Agaknya. Duk dalam aircond diselubungi dengan selimt lembut. Bibir Merah bagaikan delima. Kulit Putih bagaikan kapas. Syukur Alhamdulillah. Satu Kurniaan Allah yang sangat Indah lahir Ke dunia pada tanggal 22.3.2009 pukul 1.15pagi

Assalammualaikum Aisyah,Wah..Comelnya Aisyah bila buka mata. First Thing Aisyah nampak ialah Mommy. dan semestinya daddy...aisyah jugak nampak nenek, atuk, paklong , uncle and busu. Kami lah yang akan sentiasa menyanyangi Aisyah selagi hayat dikandung badan


Alhamdulillah, makanan pertama aisyah disuapkan oleh seorang Ulama' yang sangat disanjungi iaitu Ustaz Haron Din dalam majlis Tahnik (belah mulut) dengan kurma,kismis, madu dan air zam-zam. Semoga tingkahlaku aisyah mencontohi Seorang ulama islam. Semoga juga aisyah memiliki sifat-sifat mahmudah. amin....


Syukur kepada Allah kerana Aisyah sangat baik dan sangat mudah dijaga. Selepas pantang, mommy kene pergi site di Sabah dan Sarawak. Untuk elakkan aisyah putus menyusu badan, daddy ambil cuti dan datang naik kapal terbang lain bawa aisyah yang baru lepas hari. Dalam kapal terbang, di airport, aisyah tak banyak meragam. Duduk di hotel seminggu pon aisyah tak meragam. Aisyah dah start travel semenjak usia 3 bulan.


Apabila travel, tinggal di hotel, aisyah pandai bawa diri. Pandai main ngan daddy. Maafkan mommy sebab time tu mommy perlu hadir kursus. Tapi kejap-kejap mommy balik bilik tengaok aisyah. Aisyah tido lena. Mungkin sebab cadar n katil hotel selesa. Aisyah pandai sesuaikan diri.




Mulut Aisyah asyik nak nyonyot aje. Mommy pula tak dapat berada disamping Aisyah sentiasa. 3 kali Aisyah bertukar penjaga. Kesian Aisyah. Puting Aisyah tu dihadiakan oleh kawan daddy. Sejak umur seminggu Aisyah dah hisap puting sebab asyik nak nyonyot walaupun time tidur. Tapi alhamdulillah tak berlarutan. Bila dah masuk bulan ke 4 Aisyah dah tak nak hisap puting lagi. Pandai anak mommy ni


Aisyah memang pandai ambil hati semua orang. Daddy orang yang paling suka main ngan aisyah. Daddy suka timang-timang dan dukung Aisyah. Dan Aisyah pasti tergelak sehingga air liur jatuh ke muka daddy.


Tangan Aisyah cekap. Masuk bulan ke dua je Aisyah dah pandai menggenggam dan meramas benda. Aisyah Pandai bawa barang ke mulut . Dah pandai fokus.


Kegembiraan yang tidak terhingga bila aisyah pandai meniarap. Satu perkembangan yang memberangsangkan dan meng heppi kan semua orang. Aisyah pon makin tembam. Uisshhh


Apabila mencecah usia 5 bulan, Aisyah dah pandai mengengsot ke depan. Waktu tu hari raya. Semua orang seronok. Pakai baju raya dengan tudung merah..Wow..meletop..Baby of the year la masa raya tu... Pipi pon makin menggelembung.


Aisyah berani dan cinfident. Kuat mencyba. sekajap je..masuk bulan ke enam aisyah dah mula warming up. Walaupun asyik rebah, aisyah bangun semula. Semangat nak merangkak. Mommy bangga ngan aisyah. Kadang-kadang tu muka tersembam ke lantai. Kesian...


Akhirnya aisyah pandai merangkak dan laju je merangkak. ke sana sini. Berkat kesabaran, aisyah dah boleh gi ke mana aisyah nak dengan merangkak. satu pencapaian yang amat membanggakan.



Tengok tu, pandai aisyah pegang barang dan fokus tengok barang yang dipegang. Kalau kita nak barang yang dia pegang tu, dia tak bagi, aisyah tarik kuat. Hehe...comel sangat


Bila dah pandai duduk, baru mommy and daddy berani nak bagi aisyah makan makanan pejal selain susu. Sebab dokter kata kalau belum pandai duduk, usus belum kuat. Nanti takut tak dapat tampung makanan pejal. Time ni baru mommy tau yang bip makan sangat penting sebab habis baju aisyah comot. aisyik nak kene ganti


Tengok la..hehe..comelnya..aisyah pandai meng agah kamera. Dia pantang tengok kamera. Maklumlah sejak lahir dah jadi Model mommy and daddy tuk full time :p Aisyah pandai beraksi comel dan manja.


masuk lapan bulan aisyah dah naik baby walker. Tapi walker dalam gambar tu walker sepupu dia time kat kampung. aisyah pantang nampak walker aisyah nak naik. mula-mula pandai naik walker pon aisyah start dengan walker sepupu dia. nampak dah pandai guna barulah nenek aisyah belikan walker. TQ nenek!



Finally lepas banyak kali jatuh, rebah, aisyah dapat berdiri dengan sendirinya dan bertatih dengan megahnya. Hanya Allah aje yang tahu betapa gembiranya hati mommy and daddy melihat perkembangan sihat anak tercinta ni. Ya Allah...ko restuilah kami, kau lindungilah aisyah dari bencana dan malapetaka...Aminnn...

Catatan Diari
Pengarang : Mommy Aisyah
Photographer : Daddy Aisyah
TQ to all Families to support aisyah grow p process

No comments: