Everything is about passion and about life. Creativity comes after that. Lets make Allah first, Then Rasullullah, after That Families, last but not least friends and others

SHARING YOUR BLOG HERE

Tuesday, May 31, 2011

ITALY-ROME-BOLOGNA-CASENA-RIMINI

Pengalaman yang amat berharga dan tidak pernah dilupakan. Ketika menuntut architecture di Universiti Teknologi Malaysia. Aku telah terpilih untuk mengikuti program Exchange Student seramai 12 orang dari Malaysia ke Italy (Universiti of Bologna). 


aku amat bertuah kerana program ini ditaja sepenuhnya oleh UTM. jadi untuk adik2 di luar sana yang sedang berjuang belajar, belajar lah bersungguh2 kerana No PAIN, No GAIN...apabila kita berada antara pelajar yang tersenarai sebagai pelajar cemerlang, macam2 tajaan yang akan kita perolehi tanpa kita apply. 

Disepanjang perjalanan selama 13 jam aku sangat teruja. Terbayang2 difikiran bagaimana rupanya Italy? Semestinya pengalaman sendiri jauh berbeza dari tayangan TV. Aku menghabiskan masa menonton filem2 yang ade di skrin di depan tempat duduku. Habis suma game dan siaran aku tengok tapi tak sampai2 jugak. Bangun tido , tido bangun tak sampai jugak.

Kami diberikan bantal dan ear phone.. Kadang2 aku tertido kadang2 terjaga. Masih cuak rasenye untuk jejaki kaki ke Bumi Italy, Berapa degree agaknya? Macam mana sambutan orang di sana. Adakah aku layak di sana kerana sana terkenal sebagai DUNIA FESYEN 

Pelbagai menu dihidangkan dan amat menyelerakan. Perut pon asyik berbunyi. Dan itulah last makan makanan malaysia. after sampai Italy, dah ba bye makanan malaysia


tak banyak gambar yang dapat dirakamkan sebab pastu kamera ku rosak setelah sampai di sana. So sepanjang di sana, asyik tumpang kamera orang.

di sana pelbagai aktiviti dilakukan bersama rakan2 baru di Italy. 



tapi yang sebenarnya kami kene sertai bengkel dan pertandingan design hostel bagi pelajar Italy sebab mereka tak pernah ade hostel.

Kami juga di bawa berjalan2 tengok tempat orang. Yang pastinya disebabkan kamera sendiri dah rosak dan pinjam kamera orang, saya berjanji pada diri sendiri satu hari nanti saya akan datang semula ke sini bersama orang tersayang. InsyaAllah..amin

Di Venice, saya rasa kan pangalaman yang sangat mengasyikan. sangat cantik dan romantik. Patutlah banyak cerita2 romantik dibuat di Italy.

Di Rome sendiri banyak titik tumpu yang mesti dilawati dan pastinya orang mcm semut ramainya. Kami orang malaysia kecik2..orang sana besar2. Maka tenggelam lah kami kalau tak cekap


 Sebelum balik malaysia saya sempat ambil gambar bersama lecturer dan kawan2 di sana. Semoga bertemu lagi!! Bye Senorita!!



Kami juga berpeluang / dijemput pergi ke rumah sewa student di sana. mereka masak2 kan tuk kami dan kami dapat lihat serta rase sendiri cara hidup mereka serba sedikit. Pengalaman ini sangat berharga.





Kami juga dijemput untuk menyaksikan theater Opera yang harga tiketnya 200 euro sekali masuk. Tapi kami dapat percuma dan jadi tetamu jemputan. Tapi selama 5 jam satu pon kami tak paham sebab depa bercakap dan menyanyi bahasa ITALIANO..huhu..ade yang tido lak tu....penat sbb dah seharian buat design kat studio..tetiba kene tengok orang memekak selama 5 jam di tengah2 malam...

makanan seafood di rimini sgt mahal..kami bayar 15euro tapi makan sotong sehiris, udang seketul dan isi ikan secubit..wahhh sangat tak berbaloi..





sempat jugak lah gi kat butik GUCCI yang sememangnya berasal dari situ. GUCCI berasal dari ITaly...so Itu kedai yang awal kot..entah lah dah tak ingat



Pendek kata jika ade rezeki, sebelum tutup mata semula, nak sangat gi semula gi Italy bersama keluarga yang baru dibina.. Jauh Perjalanan Luas Penaglaman

MAKE OVER A WALL

Macam mana nak make over dinding yang kosong dan suram di rumah atau di pejabat kita? Very da simple...just tengok macam mana saya lakukan di ofis saya. Apa yang penting nak seribu daya, walaupun budget rendah tapi masih tetap cantik daripada dinding yang kosong. 


Okey, ape yang perlu buat, berikan titik tumpu di tengah misalnya, dan kemudian tambahkan dengan aksesori lain disekeliling dengan picture frame. Tak kisahlah picture frame mahal atau murah, bila di compose, ianya boleh jadi sangat menarik. Gambar dalam frame tu boleh aje gunakan gambar yang di print dengan printer sendiri (sebab nak tunggu print kat kedai, berjanggut la, asyik tak ade masa jer)


Tadaa...Ok tak? Ok jugak kan...so dinding ni automatik dah jadi gallery. Boleh di amalkan di rumah juga, misalnya ade dinding kosong antar ruang tamu nak ke dapur ke atau dinding kosong pada laluan nak ke bilik atau maybe dinding di luar rumah. Kalau di ofis, amalkan di dinding kosong di ofis yang orang tak pernah terpikir nak decorate. Berilah nafas baru pada dinding anda

Sape kata kat rumah sewa tak boleh buat? sebab bukan rumah sendiri? tak payah hias? tak betul...Tengok, nuanisa berjaya jugak hias rumah sewa orang...walaupun no kos, tapi after rearrange semula susunan, ade la sikit ambiance and mood kediaman berbanding rase rumah sewa...tak semestinya start nak susun barang cantik2 bila dah ada umah sendiri kan...kat opis pon leh buat mcm ni. 



IN OCCUPATION

  Dalam kerjaya " if you have an oppurtunity to share with others, please share with them with clearly" bukan nak menyombong atau riak untuk bagitau kita kerja ape. Tapi supaya orang tau kita ni professionalism di bidang ape jadi mudah untuk orang merujuk pada kita bila memerlukan khidmat bantuan di bidang yang kita pakar. Misalnya seorang dokter yang malu2 alah tak bagi tau jiran2 yang dia sebenarnya kerjanya adalah dokter, sampai satu masa salah seorang jiran sakit, sume orang gegas2 carikan bantuan, padahal dokter tu ade kat situ jugak, tapi teragak2 sbb sume org tak tahu dia dokter. Tapi kalau dia betul2 profesional, dia akan cakap "ketepi biar saya bantu, saya dokter" baru betul.


Pengalaman Bukan sekadar teori tapi ia adalah cara mendapat ilmu secara hands on yang akan kekal sampai bila-bila diingatan. Sekiranya diberikan tugasan, apa salahnya dilebih2kan sedikit tugasan itu, janagn berkira sangat. kerana hasilnya kita juga yang dapat. Kita penat tapi hasil berbaloi. Bukan sekadar dapat pujian tapi hati kita juga puas, kan? 


Seperti menutup aurat. Jika kita berkira-kira menutup aurat, ngam2 je pakaian pada aurat tersebut. Misalnya kaum lelaki auratnya pusat ke lutut, tapi nak ke kita gi kerja pakai baju yang tutup pusat hingga lutu aje? mestilah kita lebihkan pakai dari leher hingga ke buku lali. Barulah nampak elok dan sedap pandang dek mata. Begitu juga kerja..Jika kita lebih2kan effort kita, hasilnya amat memuaskan.


So kat sini nuanisa juga nak bagi tau, "Gunakanlah kepakaran aku" sekiranya ade bidang yang korang perlukan pertolongan tu berkaitan dengan bidang kitaorang. 

Nua : Seorang Financial Consultant, Prudential, atau wealth Planner. 
Service Provided: Macam2 termasuklah Insurans, Investment, Protection, Madical Crad, Retirement plan, education plan, savings, Unit trust dan etc.
Nisa: Seorang Arkitek yang boleh design pelbagai benda ,selain dari design bangunan tut=rut design product, graphic, card, t-shirt, album dan macam2 ada.

Disamping itu kami juga ada memberikan khidmat nasihat dan menjual produk2 kesihatan seperti Rokok Resdung, Transfer Factor dan Bio-Aura. Kami juga broker untuk Properties seperti lot tanah dan rumah.


So kami dah bg tau siapa kami, anda juga kene bagi tau siapa anda, jadi kita boleh tau kepakaran masing2 untuk dirujuk. Rasullullah sendiri mempunyai sifat menyampaikan bukannya menyembunyikan. Dan sesungguhnya kepandaian dan kepakaran kita itu bukan untuk kita seorang tapi dikurniakan oleh Allah untuk membantu orang lain terutamanya sesama sedara seagama.

Henderson Waves

Henderson Waves - The Highest Pedestrian Bridge in Singapore
The only bridge with sculptural structure!

picture taken on 2009

THE STORY OF THE EAGLE







Gambar di ambil oleh nuanisa ketika melawat pulau langkawi pada bulan feb 2010

Siapa Tahu...Dalam banyak2 burung, burung helanglah yang mempunyai Jangka Hayat yang paling Lama iaitu 70 tahun. Tetapi sepanjang hayatnya dia akan melalui pelbagai pancaroba. Sama juga seperti kita sebagai manusia. So Eagle ni dia bangga dengan appearance diri dia, fizikal dia yang gagah terbang di langit dan pantas meragut ikan di laut. "he will gift meanings & values in his life" kehidupannya tidak akan dia persiakan. ( so kita pulak bagaimana??)

"But to reach this age (70 years), the eagle must have to make a hard decision" why?? because ketika usia 40 tahun, dia alami satu keadaan yang sangat teruk di mana dia semakin lemah, kukunya tidak boleh lagi mencengkam dengan baik. ikan2 di laut mentertawakannya. Paruhnya juga sudah bengkok dan patah, dan bulu serta pelepahnya dah melekap kat dada, berat, susah nak terbang.

So to continue his life with a quality life, he need to make a change. A BIG CHANGES. He only have 2 option. Either Die or Go Through A Painful Process (Process of Change) Dia kene sanggup alami proses perubahan. Apa proses perubahannya??

The eagle kene pindah ke tempat paling tinggi, bukit or gunung, dan tempat itu hendaklah merupakan bukit berbatu. tiada pokok2 di sana. (pergi ke tempat yang tidak selesa) Selama 150 hari, No Food, No Drink, No Shelter

Ketika itu, Proses Pertama, The Eagle akan patuk paruhnya yang telah reput ke batu-batu di sekeliling sehingga berdarah2. sehingga tercabut sebab dia nak bagi paruh barunya tumbuh. Lepas tu dia tunggu paruhnya tumbuh. Lepas tu dia sakit kan lagi diri dia, dia ketuk2 pulak kuku kakinya , dihentak2 pada batu sehingga kuku kakinya tanggal dan berdarah2. Lepas tu dia tunggu kuku barunya tumbuh. Lepas tumbuhnya kuku baru dan paruh baru, dia gunakan paruh dan kukunya untuk cabut bulu-bulu dan pelebahnya yang sudah tua. Bayangkan nak cabut sehelai bulu roma pon kita dah sakit. Si helang mencabutkan semua bulunya. Dan kemudian tumbuhlah bulu-bulu baru yang CANTIK dan KEMAS

Mulai saat itu, Helang dengan megahnya mengepak sayapnya dan terbang ke udara. Lalu kita pon nampak lah helang berterbangan di PULAU LANGKAWI dengan megahnya. Helang2 itu baru lepas tempoh berherbanasi dan semangat baru telah datang. Ikan2 bertempiaran menyelamatkan diri....

Oh ini bermakna not only men, life begin at 4oth tapi helang pon jua begitu. So Moral of the story, untuk berjaya , kita mesti sanggup alami proses perubahan. Kejayaan tak mungkin sampai kalau kita tidak berusaha!!!

Monday, May 30, 2011

7 LOKASI KEDIAMAN TERBAIK DILEMBAH KLANG TAHUN 2010/ 2011


Secara umumnya kebanyakkan pemaju perumahan di lembah klang hari ini tertumpu pada pembangunan sedarhana sehinggalah penempatan mewah khususnya dibandar-bandar utama.

Dari pemerhatian yang dibuat, majoriti hartanah yang di bina pada suku pertama tahun ini adalah hartanah yang berada pada harga RM400,000 keatas yang mewakili 81% pembangunan hartanah baru. Walau bagaimanapun keseluruhan pembangunan untuk suku tahun pertama masih rendah berbanding pelancaran projek kediaman pada waktu yang sama tahun lepas.

Jika disusuri setiap pemaju dan lokasi yang cadangkan ini, hampir kesemua pemaju yang tersenarai mempunyai model pembangunan yang serupa iaitu pembangunan sebuah bandar pintar. Setelah membuat perbandingan menyeluruh, Drumah.com menyenaraikan 7 Lokasi Pembangunan Kediaman Bandar Pintar Terbaik Pada Tahun 2010 Pilihan Editor; lokasi tersebut adalah;-

1. Bukit Jelutong, Shah Alam (Sime Darby)
2. Bandar Seri Putra, Bangi (UM Land)
3. Denai Alam, Shah Alam (Sime Darby)
4. D’Alpinia, Puchong (Hap Seng Land)
5. Alam Sari, Bangi (I&P Menara Sendirian Berhad)
6. Laman Granview, Puchong, (IJM Land)
7. Jade Hills, Kajang (Gamuda Land)

Laporan ini berdasarkan skor kredit pada lokasi dan fasiliti, reka bentuk hartanah, keluasan tanah, luas binaan, spesifikasi, tawaran harga realistik, lanskap (township) dan nilai tambah pelan pembangunaan masa hadapan jangka singkat sekurang-kurangnya 5 tahun.

Dari perbandingan diantara contoh pembangunaan diatas, terdapat permintaan dan tren pemilikan hartanah berpagar di kawasan Kuala Lumpur; manakala daerah Hulu Langat bakal terus mencatatkan permintaan yang berterusan.

Daerah Sepang kini mempunyai prospek pertumbuhan baik dengan pelan pembangunan sokongan dari pihak Majlis Tempatan yang dilakukan secara berperingkat. Oleh kerana lokasinya yang berdekatan dengan Putrajaya dan KLIA ia menjadikan Sepang sebagai lokasi berpotensi untuk diterokai.

Dari sudut sewaan, hartanah-hartanah yang berada di kawasan utama seperti Bangsar, Damansara Heights, TTDI dan Bandar Utama terus dijadikan tumpuan pelabur dengan tawaran gaya hidup moden dan faktor keselamatan menjadi pilihan.

Secara keseluruhannya, tawaran pembangunan hartanah kediaman dan plot pada tahun ini mungkin akan mengalami sedikit penurunan. Walau bagaimanapun, nilai hartanah di bandar-bandar besar utama seperti Kuala Lumpur, Damansara Heights dan Daerah Petaling mungkin akan mengalami kenaikan singkat berbanding lokasi lain yang mungkin mendatar sehingga ke penghujung tahun.

Tujuh lokasi terbaik pembangunan kediaman untuk tahun 2010 adalah satu cadangan dari pihak editor Drumah.com untuk komuniti majalah hartanah online nya. Pelabur dan pembeli dinasihati untuk membuat penilaian yang lebih mendalam sebelum membuat sebarang tindakan berdasarkan artikel ini.

Bagaimana dengan anda?


Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli rumah di ALAM SARI, boleh hubungi kami di: nuanisa@gmail.com

p/s: harga dah makin naik. Baru-baru ini rumah teres 2 tingkat di alam sari dah naik RM450,000. Apa lagi, cepat beli, lg lambat, harga makin tinggi. Segala urusan boleh diuruskan oleh pihak kami ( termasuk lawyer, proses loan, documentation dan lain2)

BILA ANDA PERLU BERJUMPA SEORANG PEGUAM

Melantik Peguam


harris_county_lawyer
Peguam yang akan mewakili anda di Mahkamah

Bila Anda Perlu Berjumpa Seorang Peguam


Pada amnya anda mungkin perlu berjumpa peguam untuk
  • Mendapatkan nasihat tentang masalah bersifat undang-undang
  • Mewakili anda di Mahkamah, jika perlu
  • Membantu mengendalikan hak anda di sisi undang-undang
  • Oleh itu, anda mungkin ingin berjumpa dengan seorang peguam khususnya:-
  • Jika anda didakwa melakukan jenayah dan ingin mendapatkan nasihat mengenai pembelaan anda dan juga untuk mewakili anda di Mahkamah
  • Jika anda ingin membuat tuntutan terhadap pihak lain, anda boleh meminta peguam membantu anda membuat tuntutan dan mewakili anda di Mahkamah
  • Jika pihak lain membuat tuntutan yang tidak adil terhadap anda, anda mungkin memerlukan bantuan peguam untuk membela anda
  • Perkhidmatan Yang Diberi Oleh Peguam
Peguam boleh memberi anda pelbagai perkhidmatan yang penting dan berguna. Antara perkhidmatan yang diberi oleh mereka ialah:-
  • Bila seseorang berhutang dengan anda dan belum menjelaskan hutangnya walaupun telah berkali-kali anda mengingatkannya, anda mungkin ingin berjumpa peguam untuk membuat tuntutan bagi pihak anda.
  • Bila anda terlibat dalam suatu kemalangan jalanraya, peguam boleh menasihatkan anda tentang langkah-langkah yang harus diambil untuk membuat tuntutan serta apa yang anda harus buat untuk melindungi diri dari tuntutan pihak lain.
  • Bila anda menghadapi masalah dengan suami/isteri, peguam boleh menasihati anda tentang undang-undang perceraian, perpisahan, nafkah dan hak penjagaan anak.
  • Bila anda ingin membeli rumah atau menjual rumah, peguam boleh memberi nasihat tentang prosedur yang terlibat, memeriksa semua dokumen bagi pihak anda dan memastikan bahawa hakmilik rumah itu adalah sah serta bebas dari bebanan.
  • Jika anda ada masalah berkenaan dengan penyewaan harta sebagai tuanpunya atau penyewa, anda boleh berjumpa dengan peguam untuk memperolehi nasihat atau mewakili anda di Mahkamah, jika perlu.
  • Sebelum anda menandatangani sebarang kontrak perniagaan atau perkhidmatan salinan deraf kontrak berkenaan boleh ditunjukkan kepada peguam dan nasihat boleh diminta.
  • Apabila salah seorang ahli keluarga meninggal, bantuan peguam boleh diperolehi untuk membuat permohonan kepada Mahkamah supaya harta pusaka simati boleh dikendalikan.
Anda Mungkin Ingin Meminta Nasihat Seorang Peguam:
  • Untuk membuat wasiat supaya harta anda dibahagikan mengikut kehendak anda selepas kematian.
  • Untuk menukar nama.
  • Untuk mengambil anak angkat
  • Sebelum memulakan perniagaan atau menubuhkan syarikat
  • Untuk mengetahui hak anda di sisi undang-undang dalam sesuatu perkara
Bagaimana Mencari Seorang Peguam
  • Peguam tidak dibenarkan mengiklan tetapi Majlis Peguam ada menerbitkan sebuah buku panduan yang mempunyai nama, alamat dan maklumat lain yang relevan tentang semua peguam yang beramal di Malaysia. Cara terbaik untuk memilih seorang peguam adalah menerusi cadangan kawan, rakan kerja dan saudara-mara.
Berjumpa Dengan Peguam
  • Jika hubungan kali pertama anda dengan seorang peguam adalah menerusi panggilan telefon, anda harus memberitahunya sebab anda menghubungi dan terus membuat temujanji.
  • Pada perjumpaan nanti bawa bersama-sama anda segala dokumen relevan dan maklumkan kepada peguam semua maklumat yang perlu. Adalah lebih baik jika anda mencatat semua soalan yang hendak ditanya.
  • Jangan rasa takut untuk bertanya soalan. Jika ingin, anda juga boleh bertanya kepada peguam tentang banyaknya kerja yang terlibat dan jangka masa kes.
  • INGAT: Peguam anda hadir untuk membantu.


Yuran Guaman


Yuran yang perlu dibayar biasanya berdasarkan berapa banyak kerja yang telah dibuat bagi pihak anda, masa yang diambil serta kesukaran kerja yang terlibat. Kadang-kala yuran yang perlu dibayar ditetapkan oleh undang-undang: contohnya – yuran untuk jual-beli rumah
Adalah biasa bagi peguam meminta bayaran cengkeram sebelum memulakan kerja bagi pihak anda.
Sila bincang secara bebas bersama peguam anda tentang bayaran yuran. Ini adalah untuk mengelakkan salah faham. Sekiranya anda tidak puas hati dengan yuran yang dikenakan, berbincanglah dahulu dengan peguam anda. Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan, anda boleh meminta peguam anda mengatur supaya bilnya ditaksirkan, iaitu ditentukan oleh pihak Mahkamah.
Bantuan Guaman

Jika anda perlu berjumpa dengan peguam tetapi tidak mampu membayar yurannya, bantuan boleh diperolehi dari Pusat Bantuan Biro Guaman yang diuruskan oleh Majlis Peguam. Pusat Bantuan Guaman di Kuala Lumpur yang terletak di:-



Tingkat 6, Wisma Kraftangan
No. 9, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur.
Tel:03-2691 3005, 2693 2072
Fax:03-2963 0527

Kerajaan juga menguruskan skim bantuan guaman untuk orang yang memerlukan bantuan guaman tetapi tidak mampu membayar yurannya, Biro Bantuan Guaman Kerajaan mempunyai pejabat-pejabat di semua bandaraya dan bandar utama di Malaysia. Pejabat mereka di Kuala Lumpur terletak di:-



Biro Bantuan Guaman
Tingkat 1, Wisma Cyclecarry
Jalan Raja Laut
50504 Kuala Lumpur.
Tel:03-2694 2700
Fax:03-2694 0040


Biro Bantuan Guaman memberi bantuan dalam kebanyakkan perkara untuk mereka yang layak kecuali representasi bagi kes-kes jenayah.


Majlis Peguam


Majlis Peguam adalah badan yang mengawal semua peguam yang beramal di Semenanjung Malaysia. Badan ini menetapkan piawai bagi kelakuan professional yang harus dipatuhi oleh peguam. Sekiranya anda tidak puas hati dengan perkhidmatan peguam anda, anda harus cuba menyelesaikan dengan peguam anda terlebih dahulu kerana masalah itu mungkin kerana salah faham atau putus komunikasi. Sekiranya ini tidak berhasil, anda bolehlah menulis surat kepada Majlis Peguam untuk bantuan mereka.


Alamat Majlis Peguam adalah:


MAJLIS PEGUAM
(Bar Council)
No. 13, 15 & 17, Leboh Pasar Besar
50050 Kuala Lumpur
Malaysia.
Tel:03-2031 3003
Fax:0-2026 1313;2034 2825;2072 5818
www.malaysianbar.org.my

PruBSN Ummah

Rancanglah masa hadapan
Kukuhkan keperluan rohani

Memenuhi keperluan rohaniah
Perlindungan dan Simpanan- semuanya dalam satu !

Ramai di antara kita merancang perkara-perkara penting dalam kehidupan ini. Kita merancang untuk kehidupan yang baik dan kita turut merancang untuk kesejahteraan untuk orang-orang yang kita sayangi. Dalam usaha mencapai kesejahteraan duniawi, sebagai umat islam, kita seharusnya turut sama memmastika keperluan rohaniah dipenuhi.
PruBSN Ummah adalah satu pelan UNIK yang akan membantu anda mencapai aspirasi anda untuk memenuhi kewajipan yang dituntut oleh agama. Ia bukan sahaja melindungi dan menyediakan simpanan pada masa hadapan, malah ia juga membantu anda sebagai seorang muslim melalui ciri-ciri uniknya seperti Elaun Haji, Badal Haji, Manfaat Berganda dan Penulisan Wasiat Islam

Sebagai peserta, anda mungkin layak menerima bonus loyalti.

Dengan kesemua faedah istimewa ini, kami percaya bahawa PruBSN Ummah akan membantu anda menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang dapat memenuhi keperluan rohaniah anda dan pada masa yang sama, memastikan anda dilindungi.
PruBSN ummah. Satu pelan yang memberikan anda tumpuan dalam persiapan rohaniah-dunia dan akhirat



SEPINTAS LALU
Apa yang PruBSN Ummah Boleh Tawarkan???

1. Manfaat-Manfaat Haji / Umrah
  • Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/ Umrah
  • Kami akan memastikan bahawa kewajiapan Haji anda ditunaikan sekiranya meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat mengerjakan haji menerusi Badal Haji (upah orang buatkan Haji)
  • Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda menunaikan Haji/ Umrah
2. Bonus Loyalti
  • Sememangnya berbaloi untuk menjadi pelanggan setia kami! anda akan diberikan bonus loyalti sebagai elaun Haji apabila anda menunaikan haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten
  • pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh, tertakluk kepada terma dan syarat
3. Jaminan kewangan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh
  • menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda
  • memastikan tanggungjawab kewangan anda yang tertunggak dijelaskan.
  • wang tunai tambahan bernilai Rm2,000 untuk manfaat khairat kematian
4.Manfaat-manfaat penyakit Kritikal
  • melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit yang boleh mengancan nyawa anda
5.Tingkatkan Simpanan anda
  • Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan haji, umrah, atau tujuan-tujuan lain. Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal, kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.
6. Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi
  • wariskan kekayaan anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat islam.
bagi yang mempunyai kesedaran untuk membuat pelan PRUBSN UMMAH, sila hubungi kami melalui email : nuanisa@gmail.com penerangan lanjut dan khidmat konsultasi akan diberikan secara percuma.

p/s: malu bertanya sesat jalan :p