Pengalaman yang amat berharga dan tidak pernah dilupakan. Ketika menuntut architecture di Universiti Teknologi Malaysia. Aku telah terpilih untuk mengikuti program Exchange Student seramai 12 orang dari Malaysia ke Italy (Universiti of Bologna).
aku amat bertuah kerana program ini ditaja sepenuhnya oleh UTM. jadi untuk adik2 di luar sana yang sedang berjuang belajar, belajar lah bersungguh2 kerana No PAIN, No GAIN...apabila kita berada antara pelajar yang tersenarai sebagai pelajar cemerlang, macam2 tajaan yang akan kita perolehi tanpa kita apply.
Disepanjang perjalanan selama 13 jam aku sangat teruja. Terbayang2 difikiran bagaimana rupanya Italy? Semestinya pengalaman sendiri jauh berbeza dari tayangan TV. Aku menghabiskan masa menonton filem2 yang ade di skrin di depan tempat duduku. Habis suma game dan siaran aku tengok tapi tak sampai2 jugak. Bangun tido , tido bangun tak sampai jugak.
Kami diberikan bantal dan ear phone.. Kadang2 aku tertido kadang2 terjaga. Masih cuak rasenye untuk jejaki kaki ke Bumi Italy, Berapa degree agaknya? Macam mana sambutan orang di sana. Adakah aku layak di sana kerana sana terkenal sebagai DUNIA FESYEN
Pelbagai menu dihidangkan dan amat menyelerakan. Perut pon asyik berbunyi. Dan itulah last makan makanan malaysia. after sampai Italy, dah ba bye makanan malaysia
tak banyak gambar yang dapat dirakamkan sebab pastu kamera ku rosak setelah sampai di sana. So sepanjang di sana, asyik tumpang kamera orang.
di sana pelbagai aktiviti dilakukan bersama rakan2 baru di Italy.
tapi yang sebenarnya kami kene sertai bengkel dan pertandingan design hostel bagi pelajar Italy sebab mereka tak pernah ade hostel.
Kami juga di bawa berjalan2 tengok tempat orang. Yang pastinya disebabkan kamera sendiri dah rosak dan pinjam kamera orang, saya berjanji pada diri sendiri satu hari nanti saya akan datang semula ke sini bersama orang tersayang. InsyaAllah..amin
Di Venice, saya rasa kan pangalaman yang sangat mengasyikan. sangat cantik dan romantik. Patutlah banyak cerita2 romantik dibuat di Italy.
Di Rome sendiri banyak titik tumpu yang mesti dilawati dan pastinya orang mcm semut ramainya. Kami orang malaysia kecik2..orang sana besar2. Maka tenggelam lah kami kalau tak cekap
Sebelum balik malaysia saya sempat ambil gambar bersama lecturer dan kawan2 di sana. Semoga bertemu lagi!! Bye Senorita!!
Kami juga berpeluang / dijemput pergi ke rumah sewa student di sana. mereka masak2 kan tuk kami dan kami dapat lihat serta rase sendiri cara hidup mereka serba sedikit. Pengalaman ini sangat berharga.
Kami juga dijemput untuk menyaksikan theater Opera yang harga tiketnya 200 euro sekali masuk. Tapi kami dapat percuma dan jadi tetamu jemputan. Tapi selama 5 jam satu pon kami tak paham sebab depa bercakap dan menyanyi bahasa ITALIANO..huhu..ade yang tido lak tu....penat sbb dah seharian buat design kat studio..tetiba kene tengok orang memekak selama 5 jam di tengah2 malam...
makanan seafood di rimini sgt mahal..kami bayar 15euro tapi makan sotong sehiris, udang seketul dan isi ikan secubit..wahhh sangat tak berbaloi..
sempat jugak lah gi kat butik GUCCI yang sememangnya berasal dari situ. GUCCI berasal dari ITaly...so Itu kedai yang awal kot..entah lah dah tak ingat
Pendek kata jika ade rezeki, sebelum tutup mata semula, nak sangat gi semula gi Italy bersama keluarga yang baru dibina.. Jauh Perjalanan Luas Penaglaman
No comments:
Post a Comment