Seronok...prudential telah menaja percutian kami di Bandung bersama ajen2 prudential yanng lain. Bermula dari airport sehinggalah ke bandung dan pulang semula ke tanah air, prudential telah memastikan kami mendapat percutian yang terbaik dan bermakna.
Kali ini, kami pergi berdua, anak2 tinggal bersama nenek dan atuk. Rase sedih tapi terpaksa tinggalkan untuk 4 hari. Hari pertama kami di bawa melawat sekeliling bandar bandung n then check in hotel. Keesokan harinya baru best, pergi naik gunung berapi, tangkuban perahu. Cantik pemandangan. Orang kata sejuk tapi by the time kitaorang gi tak sejuk pon. Pastu hari ketiga pergi shopping2. Hari keempat dah berangkat pulang.
Yang best pergi dgn prudential, hospitallity dia bagus. Kita terjaga dan di bawa ke tempat makan yang mewah2. Hotel pon best. Kami dalam group, ada 8 orang je melayu, lain sume bangsa cina.
Berdua lebih baik dari seorang. Sebenarnya hanya nua yang dapat tajaan prudential, tapi boleh bawa spouse, kene bayar sikit la untuk nisa nak join. Tapi seronok gi berdua..Banyak perkara yang dapat dilihat bersama dan berkongsi2 pendapat
Dari dalam kapal terbang kami tak sabar untuk sampai ke bandung. Setibanya di airport Bandara Hussin Sastranegara Bandung, kami amat teruja. Sempat bergambar sebelum ditegur oleh polis airport. Rupa-rupanya, airport ini adalah military airport. Tak lama lg bandung akan buat airport baru untuk international airport bandung. So bergambar la sepuas hati sebelum dah tak landeing kat sini lagi akan datang.
Kami disambut mesra oleh ajen pelancongan yang dilantik oleh prudential dan pemandu pelancong di bandung, namanya Ahmadi. Driver bus di sana dipanggil "Big Daddu" dan pembantunya dipanggil "small daddy" kami meneroka bandar bandung seharian sebelum check in hotel. Kesimpulan di bandung ini , yang kaya, sangat kaya dan yang miskin itu, sangat miskin" terlalu besar jurang antara 2 darjat.
Setiap meals dah disediakan oleh prudential, so tak perlu risau lagi, cuma hari ketiga kami dibiarkan bebas untuk bershopping2 jadi ajen pelancong insuran tidak lengkapkan meals seharian tuk kami kerana masing2 ilang buat haluan masing2 sebelum pulang keesokkannya. Jadi ada lah yang mula perut masuk angin sbb takut dan tak tahu nak cari kedai makan yg okey sbb dgr cite byk pula orang malaysia yang masuk hospital sbb berak2 dan muntah di sana. Alhamdulillah nuanisa dapat cari tempat yang sedap dah bersih.
Ketika sampai sehinggalah hari kedua kami dibawa ke restoren yang besar2 dan agak mewah..tengah hari makan makanan minang, malam makan makanan sunda...sedap juga..lapar kot :)
Hotel golden flower kat bandung ni selesa jugak..siap ada wayang untuk ditonton di bilik tayangan di ground floor. Nuanisa layan gak wayang kat situ..hehe sementara menunggu sume siap tuk naik bas gi jalan2.
Apa yang menarik, bangun pagi je , prudential dah ucapkan good morning kepada kami dan menjamu kami dgn makanan yg membuka selera kami di awal pagi..bole la
Hari kedua kami di bawa ke tangkuban perahu, gunung berapi yang masih aktif, tapi kami tak dibenarkan turun ke bawah sbb ada kes yang mati sbb terhidu sulfur beracun dari kawah gunung berapi tersebut. So kat sini ambil gambar dan shopping2 kraft buatan tempatan yang kebanyakkannya dibuat daripada batu dan larva gunung berapi tersebut. So kreatif
Ada dua banner, satu dari prudential sendiri, pastu kami gi amik gambar ngan banner company nua jer...Al-Israq associate...kalau ikutkan company al-Israq tak bayar sertai trip bandung ni sbb mereka yg lain dah gi australia
tapi of course la nak amik gambar kami berdua banyak2...hehe banyak lagi gambar posing mem posing sebenarnya..tapi biarlah rahsia :p
Disepanjang kat atas gunung tu, kami sentiasa diekori oleh penjaja2.. mereka kata mereka penjaja berlesen :p hehe setiap seorang pelancong ade 2 penjaja eskot..bayangkan petapa ramainya penjaja dari pelancong di atas gunung berkenaan. Simpati punye pasal beli jugaklah...ada satu perhiasan yang diukir dari batu gunung ni, dijual dgn harga 600 000 rupiah tapi lepas kami buat tak heran je, dia turunkan harga slow2...bila nak balik sgt dah dia nekad cakap 100 000 rupiah je (dalam RM30 lebih je) ok la tu, terus rembat.
Selepas turun dari tangkuban perahu, kami di bawa berjalan2 di bandar sekitar nya dan di Puncak. Kami menikmati makan tengah hari dan malam di Puncak. Pemanadangan sangat indah...
Kami juga turut di bawa ke kartika sari, kedai bakery orang indonesia yg sgt terkenal..tapi rata-rata yang bangsa cina tak nak kat sini, diaorang nak tengok keke kat holland bakery, so driver pon bawa lah kami ke holland bakery.. Siap tempah2 kek minta orang kedai tu buat fresh hantar kat hotel before kami check out dari hotel nanti
Kalau dah cintakan seni, kat mana2 pon kita akan nampak dan kagum kesenian orang. Tapi yang paling best nye..lukisan oil painting di atas kanvas ni after tawar menawar, 2 keping nuanisa dapat beli 120 000 rupiah je (Rm 60 lebih) kalau kat malaysia mahu RM 400-RM500 sekeping) berbaloi la...pasni cantik lah rumah kami, tambah lagi painting menghiasi dinding rumahku :p
Kat Bandung apa yang istimewa ya? Ermm shopping2 je lah kot..so sape bawa duit byk, kerjenye menyopping je..bila cash dah habis, guna credit crad..huhu...tapi kalau belil brg yang harga cam same je kat kl dan ade je kat kl baik tak yah, buat berat beg je..kalau nak beli, beli brg yg tak ade kat kl. mcm batik indon ke, kraft dia ke and lain2
Hehe mana-mana gi cari lagi painting...sbb tau kat malaysia amat mahal..nak tunggu nisa wat painting take time la...takpe mcm mana pon satu hari nanti nisa akan hasilkan satu painting untuk tatapan sume..tungguuuu
Akhirnya sebelum pulang, sempat lagi kami bershopping di pasar baru dan packing cepat2 sbb bas datang ambil kul 11pagi untuk ke airport. Yang lambat siap, kene tinggal, gi airport naik teksi sendiri sbb risiko tuk org lain kalau tunggu dia sorang..huhu
Lepas dah seronok melancong tempat orang. Tak sabar rasanye pulang tuk dakap anak2. sampai je airport terus dukung anak2 yang sangat dirindui. Kamisempat beli baju batik indonesia sedondon :p
No comments:
Post a Comment