Everything is about passion and about life. Creativity comes after that. Lets make Allah first, Then Rasullullah, after That Families, last but not least friends and others

SHARING YOUR BLOG HERE

Sunday, July 17, 2011

CHEESE TART & CUSTARD TART IN DA HOUSE


Assalammualaikum,
Nuanisa telah melebarkan syapnya dengan menambah ilmu pengetahuan tentang Makanan dan Masakan. Pada hari minggu yang lalu, Nisa telah mengikuti kelas masakan membuat 5 jenis Tart dan pastinya yang paling sedap adalah cheese tart. Selain cheese tart, turut dipelajari juga membuat fruit tart, oreo tart, coklat tart, dan filing tart. menarik dan amat menyeronokkan. Untuk mempelajari cara-cara membuat tart dengan mengikuti kelas, boleh lihat di laman blog tuan rumah ini : http://yusgreatidea.blogspot.com/


Rase sangat teruja untuk mengetahui rahsia membuat cheese tart kerana kami amat menggemari cheese tart dan pernah menempah 500 biji cheese tart untuk di makan dan buat stock di rumah. So kali ini nuanisa sudah pon belajar teknik2 sebenar membuat cheese tart dan berjaya dengan jayanya...alhamdulillah


Kelas Secara hands on (buat sendiri) buatkan kita lebih yakin dan cepat mahir serta lebih paham berbanding merujuk resipi di dalam buku atau majalah. Setiap orang diberi peluang membuat sendiri tart dari A-Z. Bermula dari menyediakan kulit tart sehingga menyediakan topingnya...yummy


Walaupun resepi telah diedarkan tetapi mencatat segala rahsia dan ilmu serta petua yang tersembunyi dari chef/cikgu, amat berguna bagi kita kita dapatkan hasil yang terbaik pada masa akan datang.


Kita kelas diadakan, nuanisa bawa sekali anak2..kira ni sebagai aktiviti hujung minggu keluargalah...dapat ilmu baru dan pengalaman yg amat menyeronokkan..anak pon teruja nak buat.


 percubaan pertama mcm ni lah hasilnya..rasenye,,yummmy

yang ini gabungan keseluruhan jenis tart yang diajar pada hari kelas tersebut. sangat menarik tertarik dan sedap.


ini lah murid2 sesi kelas tart tersebut. kami berlapan merupakan pelajar teramai. selalunya kelas tart ni berlangsung paling ramai pon untuk 5 org shj. Tq kepada Cikgu Yus kerana menurunkan ilmu yang sangat best...


cikgu yus tgh mengajar cara-cara nak rias tart


Inilah sekotak tart hasil tanganku dan boleh di bawa pulang untuk dinikmati seisi keluarga


Lihat, menarik kan. so sesape yang berminat boleh lah order...


HARGA PENGENALAN UNTU SEKOTAK
CHEESE TART = RM45 (50 biji)
COKLAT TART=RM45 (50 biji)
OREO TART =RM30 (50 biji)
FRUIT TART=RM30 (50 biji)
FILLING CHEESE TART
*Blueberry, Kiwi, Pineapple, Strawberry*
RM45 (50 biji)

untuk tempahan, sila email:
nuanisa@gmail.com

free delivery untuk 2 kotak ke atas di sekitar lembah klang.
untuk penghantaran di kawasan lain, kos penghantaran mengikut kadar yang ditetapkan.



No comments: