Baru-baru ini nuanisa suka untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Dan of course dah nak raya ni, nisa nak try-try pulak buat cokelat. so nisa telah attend satu kelas cokelat yang diadakan di maju junction. Dalam satu sesi tu, terdapat 6 orang pelajar dan seorang tanaga pengajar. so basically, kelas ini mengajar teknik2 untuk membuat hand made cokelat..which is lebih kepada membentuk cokelat dan membentuk rase cokelat yg pelbagai..
so inilah dia pelajar-pelajar kelas cokelat tu bersama cokelat2 yg dah siap...so bagaimana teknik membentuk rupa dan rase cokelat? jom scroll down gambar2 di bawah ini.
mencairkan cokelat hendaklah menggunakan double boil..atau cairkan secara letak air panas bawah mangkuk. bukan panaskan atas api..ingat tu!
kacau perlahan-lahan menggunakan sudu besi lebih baik ( sebab sudu besi simpan haba sikit boleh cepatkan proses mencair)
ni perisa mint tau..wangi...mencabar keimanan ketika berpuasa. lepas dah cair, masukkan secara drop titik kat dalam acuan bentuk pelbagai yg digemari..kat bawah ni, gambar acuan bentuk daun
isikan 1/3 je sebab pastu nak letak layer lain pulak. so pastu masukan dalam peti sejuk 5 minit bg yg hijau (mint) keras..
sementara tunggu yg hijau tadi keras, cairkan pulak cokelat warna cokelat.
ops lupa pulak..sebelum buat cokelat tu jgn lupa pakai approne ya
tuk sedapkan lagi..hancurkan biskut oreo dan taburkan ke dalam cokelat yg dah cair tadi. Pastu drop kan yang cokelat pulak di atas mint (hijau) yang dah beku tadi. tambahkan layer. Pastu sejuk kan semula...after a few minit...dah boleh ketuk acuan cokelat tu tuk keluarkan cokelat yang dan terbentuk dgn cantiknya...tadaa
macam2 rupa boleh buat..yang rupa ketupat ni mmg best..sbb terserlah warna hijau ketupatnya....rasenye pon sedap...mint + oreo + cokelat..purghh
dah siap masukan dalam bekas..boleh bawa balik..dan Ngap!
after kelas...siap 5 jenis cokelat...mcm2 cokelat straberry + cokelat mint plus oreo + cokelat bijan + almond + rocky cokelat ...mmmmm yummyyy...tapi gambar sampai setakat ni dulu..pc asyik hang..penat nak upload....pape pon...tahun ni raya umah nuanisa ade cokelat n tartlets aje ya...no biskut raye anymore..muhahaha
So sesiapa yg nak belajar teknik buat cokelat, hubungi email ini :
nuanisa@gmail.com
RM50 sahaja *
* sekiranya kelas melebihi 5 orang
nuanisa@gmail.com
RM50 sahaja *
* sekiranya kelas melebihi 5 orang
No comments:
Post a Comment