Tengoklah bertapa besarnya kuasa air yang Allah kurniakan. Kun Fa Ya Kun, ssume air ni melimpah menutupi sekian alam. MasyaAllah bertapa hebat kuasa Allah. Kita melihat dan mendengar berita tempat orang lain hancur binsa. kenapa tidak kita ambil iktibar atas peristiwa sebegini? Bayangkan rumah kita, rumah mak kita atau rumah sedara mara kita yang kene macam ni? sekiranya masih terselamat dan masih hidup, betapa tinggal sehelai sepinggangnya mereka. Adakah kita membantu mereka di luar sana yang mengalami bencana alam ditempat mereka??
Janganlah kita terlalu seronok dan bersuka ria. Tengoklah pula kuasa angin yang Allah turunkan. Angin berkumpul menjadi satu pusaran ribut taufau yang menelan sgala kejadian dibumi. Pabila ia hilang dan tenang, ketika itu juga senyap sunyi membisu sebab semuanya telah lunyai. diam seribu bahasa, suara tangisan pon tiada. Nyawa melayang. Betapa syukurnya kita hanya mendengar dan melihat, bukan kita yang merasa. Tapi ingatlah, Kun Fa Ya Kun, kalau Allah nak kita merasa, maka taufan ini akan datang ke Malaysia pula. Taufan ini terbit di negara jiran kita aje, iaitu Indonesia...berpa jauh sgt Indon dgn Malaysia??
Kesian, Ya Allh, tempatkanlah mangsa2 yang lemas dalam bencana alam, ribut pasir dan angin taufan mu di tempat yang terbaik di jannah. Sesungguhnya pasti mereka mati dgn azab sekali. Moga keseksaan yang mereka rasakan sebelum meninggal dunia itu, menghapuskan dosa mereka. Tidak semestinya mati dgn tenang itu selamat. Kadang2 mati yang kita nampak mcm terseksa tu la yang dah menghapuskan dosa kita dan kita insyaallah mendapat tempat yg terbaik di akhirat kelak. Mari kita bersama-sama berdoa agar kita mati dgn HusnulKhotimah-Penghabisan hidup yang baik
Masih
ramai lagi mayat2 yang tidak dijumpai dek kerana tertimbus dan ditenggelami
bencana alam. Hanya Allah yang tahu dan Allah maha berkuasa lagi Maha
Penyayang. Maka bertaubatlah kita pada setiap hari dan mohon agar Allah
menyayangi kita. Namun terlebih dahulu kita perlu menyayangi Allah. Kerana sebagaiman
kita mengingati Allah, seperti itu juga Allah mengingati kita. Dan sekiranya
kita melupakan Allah, Allah juga mengabaikan kita. Astaghfirullahalazim. minta
dijauhkan. Mohon agar Allah beri kita perlindungan hidup di dunia ini. Dunia
Allah yang hanya sementara untuk kita semua.
Apabila
air mengganas, ia bersatu menelan semua umat yang lupakan tentang kekuasaan
Allah. Begitulah kaum2 yang terdahulu dari kita dihapuskan di muka bumi ini dan
digantikan dengan kaum yang baru sebagai pengajaran hidup dan tauladan kepada
mereka yang masih hidup agar beriman dengan Allah dan takutkan Allah. Maka
bersujudlah semua hambanya memohon keampunan dan kasih sayang dari yang Maha
Pencipta.
Astaghfirullahalazim.
Kerdilnya diri ini bila melihat betapa tingginya Ombak datang menelan bumi. Ke
mana kita nak melarikan diri. Selaju mana pon kita lari, pasti ditelan. Start
enjin kete, bawa laju2 pon belum tentu selamat
Allah
tak binasakan sekaligus. Ada yang terselamat sebagai penyampai kepada generasi
akan datang. Betapa gerunnya bila malapetaka datang. Jadi janganlah terlalu
bersuka ria seperti dunia ini ana yang punya!
Sehebat
mana pon manusia mencipta tamadun, mencipta bandar dengan teknologi tinggi,
tapi dengan sekelip mata Allah mengarahkan Air, Pasir dan Angin untuk
memusnahkan yang mana melupakan kuasa Allah sehingga mereka bongkak dan
menafikan kuasa Allah S.W.T.
Tengok
lah ribut pasir ni. Macam mana kalau kita berhadapan dengan ribut pasir ni?
MasyaAllah...
gerunnya
Setinggi
mana orang Jepun berteknologi dan membina empangan dan tembok2 agar air laut
tidak melimpah sekalipon, kalau Allah da arahkan air laut melimpah, tiada
sape yang boleh halang. Hnaya doa sahaja yang tinggal sbagai pelindung dan
memohon perlindungan.
Melihat
anak bayi sebegini pasti robek hati kita. Tapi ada sebabnya kenapa Allah buat
mcm ni. Ibu2, sanggupkah kita tgk anak bayi kecil kita sebegini? Sekuat mana,
sehebat mana kita memelihara anak kita, kita sayang anak kita, tapi jika kita
alpa, Allah mampu rampasnya sekelip mata,..Janganlah kita mencintai walau
sezarah sekalipon sesuatu dlm dunia ni lebih dari Allah...kerana semuanya tidak
kekal. Yang kekal hanyalah Allah...
Ya
Allah, besarnya kuasa mu. Andai aku yang saksikan kejadian ini dengan mataku
sendiri, pastinya aku pengsan seribu kali. lihatlah hampir setinggi gunung,
setinggi mana pon bangunan pencakar langit sebenarnya itu hanyalah sekelumit
tinggi nya dari tingginya kuasa Allah yang maha besar
Maka
wajarkah kita berdiam diri? Mentang2 kita selesa tinggal di Malaysia yang
kononnya bebas dari malapetaka?? Kita ni ditanggungjawabkan membantu mereka
yang telah melarat dek akibat bencana dan musibah tadi. Cuba kita yang kene
musibah, pasti kita mengharapkan pertolongan. Macam tu juga la mereka!
Cuba
tengok gambar di atas. Betapa tiada sedikit pon perasaan hati dari JURUFOTO ni.
Siapa tahu kisah ni? Jurufoto ni dah jadi gila skrg ni sbb dia menang contest
photo dunia yang terbaik. Ketika gambar ini dipamerkan, ramai yang bertanya,
apa jadi pada kanak-kanak somalia yang dah tak larat tu skrg kerana melihat
burung pemangsa seolah-olah dah stand by tunggu budak tu mati. sbb burung tu
hanya makan bangkai. Jadi burung tu duk je perhati menunggu budak ni mati tuk
makan bangkai dia. Dan si jurufoto ni boleh berhenti dari kenderaannya dan
dapatkan shoot terbaik yang penuh bermkana., kemudian sambung semula
perjalanannya dan submit gambar ni tuk photo contest dunia TANPA membantu budak
tersebut. Dek kerana ramai yang bertanya apa terjadi pada budak tu?? dan dengan
perasaan yang berslah sgt, "kenapa aku tak selamat kan budak tu?"
lama2 jurugambar ni jadi gile.
Begitu
la kita. Baik kah kita? nak kejar glamour..Bantu pon bersebab. Mana hati kita?
Pandanglah dgn mata hati. Bantulah mereka yg memerlukan bantuan. Bukan panggil
berpuluh2 stesen tv bila nak bg bantuan!!!!
Dushh...astaghfirullahalazim...sedarlah wahai manusia!!!
Ketika
menaip ni, hati saya menangis, sedih ! lagi2 terbayang anak sendiri di
nursery..sbb saya tak tahu anak saya cukup tidur tak, cukup minum tak, kenyang
tak? yang pasti baby 10 bulan dan anak 2 tahun daya tu kekurangan kasih sayang
ketika ini kerana ibu ayah nya sedang bekerja dan yang jaganya adalah org lain
yg tiada hubungan dgn mereka.
Tengok
gambar diatas. Kanak2 ini masih hidup. Lalat mengerunginya kerana mereka
tinggal di kawasan yg sgt kotor!. Mereka tak larat! tak larat bangun..sbb da
lama tak minum susu, minum air kotor aje tuk teruskan idup. Reza (nama baby yg
pegang botol, umurnya ketika itu 10 bulan) dahagakan susu yang selama ini bantu
mengenyangkan perutnya. Ibunya terpaksa bagi botol tersebut untuk dihisap
walaupun KOSONG untuk memujuk Reza sampai reza tertidur. Bila bangun reza akan
nangis minta susu lagi. Dan after setahun, jurufoto kata jumpa reza masih
pegang botol susu tersebut dan hisap botol kosong tu, rindu pada susu. Sebelum
ni dia dapat susu dapi dek kerana bencana BANJIR, mereka hilang tempat tinggal.
Ayah reza kene jaga kakaknya yg berusia 2 tahun di hospital kerana dah sakit
teruk dek kene penyakit yang merebak akibat wabak yang wujud masa banjir. Reza
dan maknya dan kawan2 lain duk kat lopak2 air tanah2 lembap dgn alas kain2
basah.
Mana
kita??? mana pertolongan kita!! Ya Allah...teruknya kita! Korang yg keje
KL..korang selalu nampak org minta sedekah bawa anak...sambil tu duduk bersila
dodoi anak dan netekkan anak. anak muka comot tapi sebenarnya comel. korang
siap ckp tak yah bg duit sbb dia ngemis tu salah sbnrnya di sisi undang2.
Korang nape takde hati perut??kalau korang dah ditimpa musibah? tak korang nak
minta bantuan??? kot suami dia dah mati, dia perlukan pertolongan...anak2 dia??
bayangkan korang kat tmpt dia..kene bagi anak botol susu KOSONg?? sanggup ke?
Ya Allah...lepas ni, tolonglah...tolong aje org yg minta pertolongan tanpa
banyak tanya!!
Tengoklah
mereka yang telah meninggal dan bertindih2 mayatnya. Ya Allah kesiannya.
Marilah kita doa same2 yang kita tak akan ditimpa bencana sebegini sehingga
kita mati kelak walaupun sekarang malaysia da mula kena Banjir teruk.
Sampai
di sini sahaja,
dah
tak larat lagi jari - jemari ini menaip sbb tatkala ni,
hati
ni sgt sedih dan ternangis...
hati
ini, diri ini sangat takut dgn balasan allah
dan
hati ini sangat sedih sbb ramai kat luar sana sdg menderita
Wahai
saudara islam ku marilah kita tolong semua manusia same2 tanpa mengira Agama,
bangsa, Negara, Jenis dan keturunan.
Bayangkan
jika kita ditimpa musibah pasti saje kita sentiasa menanti tgn untuk dicapai!!
sob..sob..sob...sob..sob...
waaaa...tak
tahan nak nangis..
ketika
ini hati ku jd begitu kerdil
No comments:
Post a Comment