sangat terharu tengok kakak yang baru berusi 2 tahun 5 bulan dan masih belum fasih bercakap, tapi dah pandai jaga adik. ke mana saja pergi adik dipastikan bersama dia. adik juga akan menangis bila tak nampak kakak. bila adik nampak kakak, adik ketawa terkekek-kekek...begitu hebatnya ciptaan Allah, mengurniakan nuanisa 2 cahaya mata yang sangat menghiburkan dan menenangkan jiwa (walaupun selalu gak mengharu biru kan keadaan lg sbnrnya)....kakak terasa diri dia ade tanggungjawab...kadang2 dia juga terasa kasih sayang dia kini dibahagi 2 dgn adik....tapi walau apa pon terjadi. kakak dan adik adalah permata hidup mommy n daddy
Everything is about passion and about life. Creativity comes after that. Lets make Allah first, Then Rasullullah, after That Families, last but not least friends and others
SHARING YOUR BLOG HERE
Wednesday, August 17, 2011
KELAS COKELAT @ MAJU JUNCTION
Baru-baru ini nuanisa suka untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Dan of course dah nak raya ni, nisa nak try-try pulak buat cokelat. so nisa telah attend satu kelas cokelat yang diadakan di maju junction. Dalam satu sesi tu, terdapat 6 orang pelajar dan seorang tanaga pengajar. so basically, kelas ini mengajar teknik2 untuk membuat hand made cokelat..which is lebih kepada membentuk cokelat dan membentuk rase cokelat yg pelbagai..

so inilah dia pelajar-pelajar kelas cokelat tu bersama cokelat2 yg dah siap...so bagaimana teknik membentuk rupa dan rase cokelat? jom scroll down gambar2 di bawah ini.
mencairkan cokelat hendaklah menggunakan double boil..atau cairkan secara letak air panas bawah mangkuk. bukan panaskan atas api..ingat tu!
kacau perlahan-lahan menggunakan sudu besi lebih baik ( sebab sudu besi simpan haba sikit boleh cepatkan proses mencair)
ni perisa mint tau..wangi...mencabar keimanan ketika berpuasa. lepas dah cair, masukkan secara drop titik kat dalam acuan bentuk pelbagai yg digemari..kat bawah ni, gambar acuan bentuk daun
isikan 1/3 je sebab pastu nak letak layer lain pulak. so pastu masukan dalam peti sejuk 5 minit bg yg hijau (mint) keras..
sementara tunggu yg hijau tadi keras, cairkan pulak cokelat warna cokelat.
ops lupa pulak..sebelum buat cokelat tu jgn lupa pakai approne ya
tuk sedapkan lagi..hancurkan biskut oreo dan taburkan ke dalam cokelat yg dah cair tadi. Pastu drop kan yang cokelat pulak di atas mint (hijau) yang dah beku tadi. tambahkan layer. Pastu sejuk kan semula...after a few minit...dah boleh ketuk acuan cokelat tu tuk keluarkan cokelat yang dan terbentuk dgn cantiknya...tadaa
macam2 rupa boleh buat..yang rupa ketupat ni mmg best..sbb terserlah warna hijau ketupatnya....rasenye pon sedap...mint + oreo + cokelat..purghh
dah siap masukan dalam bekas..boleh bawa balik..dan Ngap!
after kelas...siap 5 jenis cokelat...mcm2 cokelat straberry + cokelat mint plus oreo + cokelat bijan + almond + rocky cokelat ...mmmmm yummyyy...tapi gambar sampai setakat ni dulu..pc asyik hang..penat nak upload....pape pon...tahun ni raya umah nuanisa ade cokelat n tartlets aje ya...no biskut raye anymore..muhahaha
So sesiapa yg nak belajar teknik buat cokelat, hubungi email ini :
nuanisa@gmail.com
RM50 sahaja *
* sekiranya kelas melebihi 5 orang
nuanisa@gmail.com
RM50 sahaja *
* sekiranya kelas melebihi 5 orang
STARTER KIT ONLY @ RM180
Starter kit untuk miracle set regimin penjagaan produk Mary Kay Time wise only @ RM180 merangkumi :
1. cleanser
2. moisturizer
3. day solution
4. night solution
mudah untuk dibawa travel atau di dalam handbeg
sesuai untuk mereka yang hendak mencuba dulu (set botol kecil )
dgn harga RM180 dapat pakai ikut langkah yang lengkap miracle set
Monday, August 15, 2011
4 ISTERI, JAGALAH YANG PERTAMA
Gambar hiasan; Isteri pertama bekorban untuk memberikan zuriat kepada suami tercinta
dan membantu suami di saat kesempitan.
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya
yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat
dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat
adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan
lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya
yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering
berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua
temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan
lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang
kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang
sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini
mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua
ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi
suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang
pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa
kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur
semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak
begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang
kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit.
Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama
lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam
hati, “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku
meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup
sendiri.”
Lalu dia meminta semua isterinya datang
dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang
paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah
sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?”
Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” jawab isterinya yang
keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu
sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan
menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya
kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat
ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani
akhir hayatku?”. Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di
sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati”. Pedagang begitu terpukul
dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri
keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah.
Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu.
Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? ” Si isteri kedua
menjawab perlahan, “Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku
hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan
makam yang indah buatmu.”
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku
akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak
akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.” Si pedagang lalu
menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata
begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang
yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, “Kalau saja
aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan
kau seperti ini isteriku.”
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah
tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk
tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia
akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan
kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA adalah
status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan
pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang
pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula
adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan
mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai
kuburlah mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA
adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita seringmengabaikan dan
melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya,
hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan
mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong
kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!
BERAMAL LAH SEBELUM TERLAMBAT
BACALAH SEHINGGA HABIS...
Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri
"Apelah awak ni....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung...Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .
"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik pula" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau ni, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.
Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kayalah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakon yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut pula hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa ke dinding.
Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak...berdenyut2... "Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "siapa pula ni sibuk je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko ni? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri ni tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ada apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalah lah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom lah cepat" desak Zakri.
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ni pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa, Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.
Abang,
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula
mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang
bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi
Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak
pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG
seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri
dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa
panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan
AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa?
Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat ni khas utk Abang. Bacalah
semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari ni
hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan
Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana
tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa.
Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa
pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah
hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging
Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka.
Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan
dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa
hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini
Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang
menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan
berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan
Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana
menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi
Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari
keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada
kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar
kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat
mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan
ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan
halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya
Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya
emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama
emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang
terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar
kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata
orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah
Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah
peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan
mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa

Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KE AKHIR HAYAT NISA.
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang ditepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.
Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....
p/s: aku cuma mau sharing....sedih aku baca...huhu
Friday, August 12, 2011
SEMANGAT BARU
Kini nisa labih bersemangat dalam mengharungi kehidupan akan datang. Mana dapat semangat ni? Selepas tamatnya kursus grooming dari Mary Kay...Kini nisa tahu yang sesiapa sahaja boleh berubah menjadi lebih baik, disiplin, menawan dan berkeyakinan bila ada kemahuan...hendak seribu daya..tak nak seribu dalih. bagi wanita dan ibu-ibu di luar sana...hargailah setiap saat dengan memenuhi kehidupan yg penuh bermakna untuk diri sendiri dan orang lain di sekeliling kita.... buat kata pepatah bos saya "jgn transfer stress ko pada orang lain...tapi transfer lah keceriaan ko pada orang"..maknanya senyum tu mmg la penawar segala kesulitan...
Boleh ker? jgn bertanye lagi...bersedia dan pekak kan saja bunyi lalat2 di sekeling yg selalu kata kita tak boleh dan tak mampu...kita buat saja apa yg kita pikir kan..yg penting tak keluar dari landasan Islam..Pokok Pangkal Allah yang diutamakan...agama..keluarga ,DIRI SENDIRI dan masyarakat....lakukan sekarang...masa tak akan kembali.... :)
MARY KAY UNTUK HANTARAN
Produk Mary Kay sesuai untuk dibuat hantaran. Bakal pengantin pasti gembira, dan bertambah bahagia saat memakai produk Mary Kay ini selepas masuk alam perkahwinan. Berikut adalah recommend dari nuanisa barang-barang Mary Kay untuk dibuat hantaran
UNTUK PENGANTIN PEREMPUAN

SET BARANG MAKE UP: COLORS
1.Mary Kay compact = RM55
2.Mary Kay Brush Collection in Cosmetic Organizer Bag =RM185
3.Mary Kay cream lipstic = RM48
4.Mary Kay Mineral Cheek Color = RM35
5.Mary Kay Ultimate Mascara=RM75
6.Mary Kay Mineral Eye Color = RM26 x 3 jenis =RM78
7.Mary Kay Brow Definer Pencil = RM35
8.Mary Kay Mineral Powder Foundation = RM70
9.Mary Kay Liquid Foundation = RM70
10. Mary Kay Oil Free eye Makeup = RM60
FREE GIFT = DISPOSABLE CLOTH MARY KAY (lebar seperti tuala muka)
Total = RM711
after less 30% = RM500 sahaja
*dapat less 30% sekiranya pembelian mencecah RM300 ke atas
UNTUK PENGANTIN LELAKI
Love Your Men Promotion
16 Ogos -15 september 2011
1. MK Men Cleanser
2. MK Men Toner
3.MK Men Moisturizer
Free Gift = MK Men Hand Towel printed wording "mkmen"
TOTAL= RM 230
Monday, August 8, 2011
KELAS PENJAGAAN KULIT PERCUMA
Bagi menghargai follower and rakan2 nuanisa, satu skin care class, kelas penjagaan kulit akan diadakan secara percuma di BUALAN RAMADHAN yg mulia ini bagi persiapan CERIA DI HARI LEBARAN yang akan diraikan...marilah kita same2 berwajah ceria, sihat dan menawan ketika berHARI RAYA
Berikut adalah maklumatnya:

Normal kelas = RM50 ringgit + percuma sebatang lipstic yang mengandungi vitamin A dan vitamin c
BAGAIMANA percuma?
kepada bloggers : buatkan 1 entry berkenaan post ini dan paste kan banner diatas pada side bar blog anda dan jgn lupa link kan semula ke page ini. kemudian paste kan URL entry tersebut diruang komen.
8 orang akan dipilih untuk menghadiri kelas ini dan seorang akan dipilih berdasarkan entry yg menarik untuk diberikan hadiah dan 3 orang untuk saguhati
1XHADIAH :
sebatang cream lipstik dgn warna yang menarik yang mengandungi vitamin A dan C

3x saguhati :
cermin muka exclusive

*kelapan-lapan orang peserta akan menerima cenderhati di akhir sesi ini
untuk pengetahuan semua, semasa facial @ skin care class anda akan mempelajari dan mengaplikasi secara hands on ;

1) Teknik cucian wajah
yg betul dengan menggunakan cleanser dan disposable cloth yang khas mengikut jenis/kategori kulit
2)teknik memakai dan mencuci masker dgn betul mengikut jenis kulit
3) Mengetahui jenis kulit anda yang sebenar dan mengetahui produk mana yg sesuai dgn jenis kulit anda kerana silap pilih membawa padah
4) Mengaplikasi pemakaian skin care dan lips care yg betul
5) SPA tangan agar lembut bak sutera (kerana tangan juga perlu seirang dgn muka, jika tak, muka gebu tapi tgn kedut)
selain itu ade juga teknik mengaplikasi colors/make up secara basic pada wajah agar kelihatan menawan, segar dan sihat.
Dari 0 knowledge, anda boleh jadi yg terbaik...
bg yg dah ade set penjagaan kulit sendiri lagi di alu-alukan kerana tidak semestinya anda mengikut step yg betul....takut tersalah cara dan akan mengakibatkankulit cepat tua dan rosak.
Sesuai sangat bagi mereka yg berminat untuk menambahkan pendapat sampingan sebagai beauty konsultan.Malu untuk datang sendiri??
Apa kata anda yang set kan tempat dan masa di lokasi anda.
dengan ini anda berpeluang untuk mempelajari teknik ini
secara seronok dan lebih privasi
jangan malu, semua wanita perlukannya..mengetahui teknik sebenar sgt penting
bagi mereka yang ingin membuat temu janji dan tempahan kelas skin care
sila email ke nuanisa@gmail.com
setiap satu sesi minimum 3 orang, yg menganjurkan sesi (tuan rumah yg menjemput) akan memperolehi hadiah iaitu satu item misteri produk penjagaan kulit
dicadangkan juga untuk :
mana-mana persatuan wanita
guru-guru
pejabat
atau mana-mana organisasi yg ingin menganjurkan
skin care class
Sunday, August 7, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)