Everything is about passion and about life. Creativity comes after that. Lets make Allah first, Then Rasullullah, after That Families, last but not least friends and others

SHARING YOUR BLOG HERE

Monday, November 22, 2010

NUANISA'S HOME & LIVING


 “Kediaman yang selesa dan praktikal menjadikan penghuni lebih berinspirasi dan bermotivasi dalam kehidupan seharian” itu lah yang menjadi prinsip kami dalam membentuk kediaman kami yang baru kami miliki 4 bulan yang lepas.

Di sini lah permulaan hari kami setiap hari. Jadi begitu penting untuk kami mempunyai satu suasana yang sentiasa memberikan kami “mood” yang baik untuk mendapatkan idea dan ilham dalam melaksanakan tugas harian kami.

Kami berdua telah bersepakat untuk mengetengahkan gaya minimalis dalam penggunaan perabot. Manakala unsur-unsur tumbuhan tropika diselitkan bagi menambahkan keceriaan dan menghidupkan suasana rumah agar tidak hambar. Dengan adanya tumbuhan hijau di dalam dan di luar rumah, satu suasana yang lebih tenang dan menyejukkan mata dapat dicipta dan memuaskan hati tatkala memandang di setiap sudut.

Bermula dari luar rumah, kami menanam tumbuhan hijau agar kediaman lebih ceria. Bahagian paip air di luar rumah di lengkapkan dengan aksesori mangkuk basuhan tangan berkaki . Step-step konkrit dan berbatu di susun agar bahagian tersebut tidak lecak ketika dibasahi air. Di lain-lain bahagian kami menanam rumput karpet bagi menaikkan seri laman. Bangku taman dibina sendiri dengan menggunakan kayu kereta api. Laman hijau kami berada di kiri dan kanan di bahagian depan rumah. Manakala di bahagian belakang rumah juga dilengkapi dengan taman.

Bagi kami amat penting untuk mempunyai taman bagi mengaktifkan minda. Biar sekecil mana pun taman tersebut tapi ia sangat berharga buat kami.

 Sebaik melangkah masuk, sebuah features wall yang disalutkan dengan wallfabric akan menarik mata tetamu. Features wall ini bertentangan dengan pintu utama kediaman kami. Dinding ini merupakan dinding tangga dan disebalik dinding ini adalah ruang stor. Di sini kami mengambil kesempatan untuk mempamerkan gambar-gambar kami sekeluraga dan ianya juga berfungsi sebagai mini galeri keluarga kami. Di bahagian bawah dinding ini disandarkan sofa yang dilengkapi dengan kusyen bagi memberi peluang kepada tetamu untuk bersantai sambil membelek-belek foto album simpanan kami yang lain.



Ruang tamu merupakan ruang kegemaran kami di mana hampir sepanjang masa kami habiskan masa bersama keluarga di ruang tamu ini. Oleh itu, kami memastikan perincian di ruang tamu ini lebih menarik dari ruang lain agar kami selesa menggunakannya sepanjang hari. Tirai kami dipasang dari siling bagi menghasilkan kesan tinggi yang dramatik kepada ruang tamu. Kami menggunakan sofa bewarna natural dan karpet yang bewarna putih bagi keselesaan mata sepanjang masa. Di bahagian televisyen pula, kami membuat sedikit dekorasi di mana empat keeing batu plaster bercorak yang telah di bingkaikan dilekatkan di dinding atas. Sebuah rak diletakkan di bawah batu bercorak tersebut bagi meletakkan perhiasan yang senada dengan warna batu tersebut. Ia bagaikan satu lagi mini features yang menarik perhatian mata sesiapa sahaja. Di sudut ini juga kami menyusun lain-lain aksesori seperti lilin tinggi dan pasu bunga dengan bunga bewarna merah serta frame digital sebagai penyeri ruang.





                                 
Kami tidak membuat sebarang renovasi pada struktur rumah asal ini. Bagi kami, rumah ini telah direkabentuk dengan sempurna. Ruang tamu yang luas digabungkan sekali dengan ruang makan. Yang menariknya, ruang dapur kering dan dapur basah telah disediakan dan dilengkapi dengan pintu slide bewarna putih sebagai pemisah. Skylight diwujudkan dibahagian dapur basah agar ruang tersebut mendapat pencahayaan yang secukupnya. Sangat menarik dan praktikal. Bagi keselesaan , kami merekabentuk sendiri kabinet dapur bagi ruang dapur basah dan dapur kering dengan kemasan bewarna putih agar lebih nampak seirama dengan ruang sediaada. Namun demikian kami hanya mampu bina kabinet di bahagian bawah sahaja dan di bahagian atas kabinet ruang dapur kering di make up kan dengan rak becermin dari IKEA, cermin muka dan basin mangkuk kaca bagi menggembirakan tetamu ketika mencuci tangan.



Secara keseluruhannya, kediaman kami dilengkapi dengan perabot yang minima dan dilengkapkan dengan aksesori tambahan bagi menaikkan seri dan mood kediaman. Bagi kami berdua tumbuhan hidup merupakan elemen yang sangat memainkan peranan dalam menata hias kediaman.



Misi kami masih belum selesai dan pelbagai lagi perancangan sedang dibuat bagi keselesaan yang lebih sempurna pada kediaman kami. Ini adalah hasil 4 bulan kami menghinap di kediaman ini. Semoga kediaman kami akan menjadi yang terbaik pada masa akan datang.



6 comments:

Isdawati Ismail said...

Suka nyer tengok rumah baru nisa... rasa nyer nk datang kat rmh baru tuh... boleh kan?

Lovely Bella said...

waaa cantiknyer.. mcm deco bersame eric dah.. bella 1st time siggah sini.. nice blog .. bella follow!

NUANISA said...

isda jemputlah datang..dah jemput banyak kali dah kan...hehehe..dialu-alukan

NUANISA said...

thanks bella..welcome to my blog

Queen4ADay said...

bes2!!sgt hepi tgk korang dh melangkah maju ke depan dgn adenye rumah sendiri=) n s v all know, ko mmg kretip!

ibudhani said...

cantik nye nisa umah ko!!!!! mngidam aa aku umah mcm ni!!!