Assalammualaikum. Selamat Datang Dalam Nuansa Kehidupan Nuanisa. Tidak Puas Dengan apa yang Diperoleh oleh NuaNisa sebagai seorang Arkitek dan Engineer, Blog ini Dibina bagi Melebarkan lagi Sayap sebagai Penghubung Dunia Nuanisa Bersama Dunia Orang Lain Di luar Sana termasuklah Anda. Kita Semua Berasal dari Sumber yang Sama. Ya! Nuanisa berpengetahuan dalam dunia Senibina Dan Kejuruteraan, tapi Ia Hanyalah sebahagian dari Kehidupan. Bila Minda ini didik dan diasah setiap hari, makin celik minda Nuanisa dan bila minda makin celik, Nuanisa makin sedar betapa ciputnya Ilmu yang Ada di dada dan diminda. Dan lagi sedih, ilmu yang Ada hanya diPinjamkan oleh Allah buat sementara sahaja. Jadi untuk siapa ilmu yang Nuanisa ada? Untuk semua manusia sejagat! Untuk Dikongsi Bersama! Bukan untuk diPakai sorang2 sahaja. Setinggi-tinggi pokok menjalar Naik ke atas pastinya tunduk ke Bumi juga. Thanks a lot sebab sudi masuk ke halaman NUANISA ni. Di sinilah tempat kami berkongsi apa yang patut. Macam-macam ada!Yang pasti, semua yang ada di sini adalah untuk membantu meningkatkan mutu kehidupan semua orang. Bahagialah kita bersama-sama, bahagia sorang-sorang pon ape gunanye kan..hehehe...Be a thinker...Help the others...God give us a creative brain to share with and solve the others...

SHARING YOUR BLOG HERE

Wednesday, December 7, 2011

USTAZAH PILIHAN FIRUZ AKHTAR MENGADAKAN MAJLIS KESYUKURAN


Sekali lagi Alhamdulillah , Syukur kepada Allah 
diatas kejayaan buat Ustazah Firuz Akhtar di program realiti Ustazah Pilihan

Ustazah Firuz menjemput peminat-peminatnye untuk bersama-sama
memeriahkan lagi majlis kesyukuran yang akan diadakan di
Dewan Seri Tanjung, UPSI
Tanjung Malim
Pada 10 Disember 2011
Pukul 3 petang
sesiapa yang berminat boleh terus maklumkan kepada UP Firuz
untuk menentukan jumlah kehadiran (tuk order makanan)
Facebook UP Firuz adalah : Ustazah Pilihan Firuz

Huhu..nuanisa tak tahu lagi dapat hadir atau tidak
sebab dah pakat nak balik kampung minggu ni..
tapi nuanisa ada juga mencadangkan UP Firuz untuk membuat satu lagi
sesi ramah mesra atau majlis kesyukuran di kawasan Bangi/Kajang
ini kerana UP Firuz membesar di sana ketika kecil sehingga tamat zaman persekolahan
Maybe boleh diadakan di SAMTEN (sekolah agama kami ketika sekolah menengah dahulu)
atau Nuanisa sponser rumah kami sebagai tempat perjumpaan di Bangi... :)
Insyaallah kalau UP Firuz bersetuju...
dan harap2 UP Firuz dapat memenuhi hajat jemaah bangi di sebuah masjid yang terkenal di bangi untuk mengadakan satu sesi ramah mesra atau tazkirah dari UP Firuz untuk masyarakat Bangi dan pemuda-pemudi siswazah UKM...(Firuz kalau dah free inform nisa ye :))


0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.