Everything is about passion and about life. Creativity comes after that. Lets make Allah first, Then Rasullullah, after That Families, last but not least friends and others

SHARING YOUR BLOG HERE

Monday, June 4, 2012

EMAIL TERAKHIR KU SEBAGAI PENJAWAT AWAM


 Saya meletak jawatan sebagai pegawai awam
dan mengambil jawatan suri rumah sebagai jawatan tetap
seumur hidup dan menjadi ibu full time kepada anak-anak saya.

Walaupun saya mengambil keputusan sedemikian
bukanlah bermakna kerjaya saya terkubur begitu saja
Saya akan teruskan kerjaya sebagai arkitek
walau hanya dari rumah
saya mohon doa dari semua agar saya lulus dalam peperiksaan
Lembaga Arkitek Malaysia part 3 pada tahun hadapan.

Saya memilih mengutamakan tanggungjawab yang utama
Saya percaya apabila memilih untuk perkara akhirat,
insyaallah kejayaan dunia akan dapat dikecapi seiringan.

saya pasti ramai ibu-ibu di luar impikan perkara yang sama
masanya pasti akan tiba.

jadikan masalah sebagai satu peluang

memiliki ilmu sahaja bukanlah kekuatan
tetapi ilmu yang dipraktikan
dan diaplikasikan adalah kekuatan

dan rezeki allah maha luas...
dengan ucapan bismillahirahmanirahim...izinkan saya melangkah keluar
dari JKR yang sangat kita cintai.....

saya mohon dari semua pihak dapat menghalalkan segala ilmu dan pengalaman yang diberikan
kepada saya selama ini. Semuanya amat berguna dan akan jadi bekalan dan motivasi
di kemudian hari...

saya sayang semuanya...tapi semua perkara tidak akan kekal selamanya
usia muda atau tua bukan ukuran
tapi marilah kita sama-sama berdoa agar diberikan usia yang penuh keberkatan
usia yang dapat dimanfaatkan...

insyaallah..
assalamualaikum

 

Yang Bernar
Khairunnisa

No comments: