Everything is about passion and about life. Creativity comes after that. Lets make Allah first, Then Rasullullah, after That Families, last but not least friends and others

SHARING YOUR BLOG HERE

Tuesday, June 5, 2012

FEEDBACK EMAIL YANG TAK DIJANGKA

Selepas email perletakan jawatan saya tersebar,
Saya mendapat respond yang sangat di luar jangkaan
setiap satu minit, satu email dan msg masuk ke dalam inbox saya
di antara email yang buatkan saya sangat terharu membacanya adalah seperti berikut :

 
"Salam. Saya bagi pihak seluruh warga Cawangan Arkitek mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa dan perkhidmatan puan di Cawangan Arkitek dan juga di JKR sejak 2008. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan selamat menjawat jawatan baru sepenuh masa untuk menjaga anak-anak dan keluarga kerana mereka adalah segala-segalanya. Rezeki boleh dicari bila-bila tetapi kebahagian dan kesihatan keluarga adalah lebih penting.
 
Sekian dan semoga kita berjumpa lagi dan terima sekali lagi." 
 
Ar.Noraini Md Zin
Pengarah Kanan
Cawangan Arkitek
Ibu Pejabat JKR Malaysia
 
 
"Dear Khairunnisa,
I wish you the best in your future undertakings. I admire your great sacrification. Dont worry about your part 3 exam, please call me if you have any queries and i may assist you in this matter. May Allah bless you and your family"

Regards
YONG RAZIDAH RASHID
KPPK UPKTB

" Assalamualaikum w.w. Puan ! Apa khabar sekarang ?

Saya mungkin belum mengenali puan tetapi saya baru melihat wajah puan dalam MYKJ.
Saya ingin mengucapkan tahniah di atas keputusan besar yang telah puan ambil.

Sekian, wasalamu. Terima kasih. Insyaallah saya pula akan menyusul seperti puan pada suatu hari nanti."

ZOLKEFLI BIN ABDULLAH
 
 
"Assalamualaikum wbt,
 
saya sangat kagum dgn keputusan yang saudari buat, sangat berprinsip &  saya doakan saudari berjaya pada masa akan datang.
Semoga ramai lagi warga JKR yang mempunyai semangat dan fikiran yang matang seperti saudari.
Rezeki bukan di tangan kita, Allah yang menentukan berdasarkan kepada Iman & Takwa. Dan saya percaya itulah pegangan saudari.
Semoga berjaya,"
 
Ir. Ahmad Shukri B. Abd. Rashid
Technical Manager ( Geotechnical)
Unit RTS
Cawangan Pengkalan Udara & Maritim
IP JKR Kuala Lumpur
 
 
"Saya tidak kenal puan siapa, tp 2 thumbs dari saya..
Semoga allah sentiasa bersama puan"....
 
" Semoga Allah memberkati keputusan murni puan sebagai suri rumah,amin...
Sent from my iPhone 4"
 
 
"Salam Nisa,
 
Semoga berjaya di dunia dan akhirat, Nisa. Saya rasa terharu dan menghormati keputusan Nisa itu.
 
Saya juga ingin memohon maaf sekiranya telah terkasar bahasa sepanjang mengenali Nisa.
 
Akhirat itu kekal, dunia hanya sementara aje"
 
Kak Hasnida,
UPP2, CKS
 
"Puan,
Saya bangga dengan keputusan puan. InsyaAllah puan pasti gembira dikemudian hari. Hidup ini perlu utamakan tujuan hidup dan disusuli dengan keperluan hidup.

Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati puan sekeluarga dan berjaya hendaknya apa yg dimpikan......... Amin" Sekian 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile
 
 
"Dear Khairunnisa,
 
All the best and enjoy your motherhood. Your kids are so very lucky to have a full time mother to dot on them. 
 
Happy Belated Mothers' Day"
 
Soon Chooi Mee
Unit Kontrak & Ukur Bahan
CKS
JKR
KL
 
 
"waalaikumusalam..

wah!!! tindakan diambil penuh dgn keyakinan yg hbt
setuju dgn pe yg dinyatakan..smga puan beroleh keberkatan hdp n berjaya didunia hngga akhirat...

mohon maaf atas segalanya..."
 
 
"Waalaikummussalam w.h.t,
 
Saya salah seorang yang menerima email anda
 
Dengan keputusan yang anda ambil, saya katakan anda hebat
tak ramai yang seberani itu,
Saya doakan Allah memberkati anda dan keputusan yang anda ambil itu,
 
Walaupun saya tak pernah mengenali anda."......
 
 
"Tahniah,
Pilihan yang ramai org tak sanggup buat. Tapi saya juga yakin, mendidik ank-anak adalah lebih mulia dan lebih mendatangkan kebaikkan , walau pun tak dapat dinilai oleh wang ringgit.
 
Semoga Berjaya.."
 
 "Semoga menjadi ibu yang baik.rezeki Allah not on duit,anak yang soleh,suami yang soleh,kesihatan yang baik,suami berjemaah 5 waktu di surau/masjid juga merupakan sebahagian dari rezeki Allah.sebenarnya, puan berhenti ni pun Allah Taala dah tentukan.percayalah Allah sebaik2 perancang.kita boleh berusaha,tapi Allah penentu segala2nya.
 
Sekian, yang baik datang dari Allah,yang buruk pun datang dari Allah asbab dari dosa saya.
Sekian
Waalaikumussalam."
 
 
"All the best Nisa...
Although im sad, but happy u going to take care well of your children.
Keep in touch yaa..

Regards,
G.Venga"
 
 
"Waalaikumsalam Nisa....
 
I believed this is not easy but not too drastic decission for u after went thru all the sweet n bitter part being
JKR staf....insyaallah pintu rezeki Allah swt sangat2 terbuka luas....believe in Allah, moga Nisa lebih berjaya
di luar sana...
 
Hope to see you one fine day...insyaallah...."
 
INTAN NORSHAHRAH HJ IBRAHIM (sama2 kursus induksi dulu)
MINDEF
 
After all...ucapan mereka semua sangat positif dan kata-kata semangat ini lah bekalan kekuatan tuk diri ini lebih usaha untuk berjaya di dunia dan di akhirat...aminnnnnnn

KHAIRUNNISA HAMZAH

No comments: