Everything is about passion and about life. Creativity comes after that. Lets make Allah first, Then Rasullullah, after That Families, last but not least friends and others

SHARING YOUR BLOG HERE

Sunday, July 17, 2011

CHEESE TART & CUSTARD TART IN DA HOUSE


Assalammualaikum,
Nuanisa telah melebarkan syapnya dengan menambah ilmu pengetahuan tentang Makanan dan Masakan. Pada hari minggu yang lalu, Nisa telah mengikuti kelas masakan membuat 5 jenis Tart dan pastinya yang paling sedap adalah cheese tart. Selain cheese tart, turut dipelajari juga membuat fruit tart, oreo tart, coklat tart, dan filing tart. menarik dan amat menyeronokkan. Untuk mempelajari cara-cara membuat tart dengan mengikuti kelas, boleh lihat di laman blog tuan rumah ini : http://yusgreatidea.blogspot.com/


Rase sangat teruja untuk mengetahui rahsia membuat cheese tart kerana kami amat menggemari cheese tart dan pernah menempah 500 biji cheese tart untuk di makan dan buat stock di rumah. So kali ini nuanisa sudah pon belajar teknik2 sebenar membuat cheese tart dan berjaya dengan jayanya...alhamdulillah


Kelas Secara hands on (buat sendiri) buatkan kita lebih yakin dan cepat mahir serta lebih paham berbanding merujuk resipi di dalam buku atau majalah. Setiap orang diberi peluang membuat sendiri tart dari A-Z. Bermula dari menyediakan kulit tart sehingga menyediakan topingnya...yummy


Walaupun resepi telah diedarkan tetapi mencatat segala rahsia dan ilmu serta petua yang tersembunyi dari chef/cikgu, amat berguna bagi kita kita dapatkan hasil yang terbaik pada masa akan datang.


Kita kelas diadakan, nuanisa bawa sekali anak2..kira ni sebagai aktiviti hujung minggu keluargalah...dapat ilmu baru dan pengalaman yg amat menyeronokkan..anak pon teruja nak buat.


 percubaan pertama mcm ni lah hasilnya..rasenye,,yummmy

yang ini gabungan keseluruhan jenis tart yang diajar pada hari kelas tersebut. sangat menarik tertarik dan sedap.


ini lah murid2 sesi kelas tart tersebut. kami berlapan merupakan pelajar teramai. selalunya kelas tart ni berlangsung paling ramai pon untuk 5 org shj. Tq kepada Cikgu Yus kerana menurunkan ilmu yang sangat best...


cikgu yus tgh mengajar cara-cara nak rias tart


Inilah sekotak tart hasil tanganku dan boleh di bawa pulang untuk dinikmati seisi keluarga


Lihat, menarik kan. so sesape yang berminat boleh lah order...


HARGA PENGENALAN UNTU SEKOTAK
CHEESE TART = RM45 (50 biji)
COKLAT TART=RM45 (50 biji)
OREO TART =RM30 (50 biji)
FRUIT TART=RM30 (50 biji)
FILLING CHEESE TART
*Blueberry, Kiwi, Pineapple, Strawberry*
RM45 (50 biji)

untuk tempahan, sila email:
nuanisa@gmail.com

free delivery untuk 2 kotak ke atas di sekitar lembah klang.
untuk penghantaran di kawasan lain, kos penghantaran mengikut kadar yang ditetapkan.



Tuesday, July 12, 2011

PROMOSI SAH SEHINGGA 16 JULAI 2011







Assalamualaikum
Just nak inform and menyampaikan

Mary Kay ada buat Promotion sehingga 16 July 2011 sahaja (Sabtu)
Set seperti di dalam gambar di atas (sebelah kiri) terdiri daripada
1.Cleanser =RM65
2.Mask      = RM75
3.Freshner=RM65
4.Moisturizer =RM80
             TOTAL = RM285

Promotion dapat FREE miniature set untuk Travel yang harga sebenarnya RM209
Yang menariknya FREE gift ini include Liquid Foundation color: Soft Ivory witn sunscreen SPF 8 formula di dalam kandungannya
(normally harga liquid foundation RM65++)

So harga sebenar adalah RM494 tapi kita dapat beli dengan harga RM285
Jadi kalau order dengan saya dapat diskaun 30% lagi, jadi RM199.50 (murah gile kot)
Sape ade duit leh bayar terus..kalau dah takde duit tu bayar kemudian2 pon bole...
Pasni dah takde da promosi camni...

Berkenaan produk:
Set ni terdapat untuk 3 jenis kulit seperti gambar sebelah kiri. Formula 1; Kulit Kering, Formula 2: Kulit Normal, Formula 3: Kulit MInyak

Info sikit pasal set botanical ni :
a)      Mengandung kompleks bio-Enriched ekslusif, sejenis sebatian yg menggunakan ginseng, buah delima dan oat
b)      Ginseng: untuk memulihkan tenaga, meningkatkan daya ketahanan dan kelesuan
c)       Buah delima: sumber kaya dengan antioksidan yang dikenal pasti dapat menyekat atau meneutralkan sebatian yang asalnya berbahaya, iaitu radikal bebas yang mengganggu rantai tindak balas yang boleh menimbulkan tanda2 penuaan
d)      Oat: membantu meningkat baik penampilan kulit. Selain itu, oat diekstrak semasa proses berpaten yang menyumbangkan faedah yang pekat.

Istimewa lagi:
1)      Formula 1 ditambah dengan Hibiscus: bantu hilangkan rase tegang yg tidak selesa serta kemerahan yang berkaitan kulit kering. Kulit dengan segera berasa selesa, tenang dan lembut, mengembalikan keserian
2)      Formula 2 ditambah dengan Putik pokok bic untuk mengekalkan keseimbangan yg sihat, sesuatu yg amat penting kepada kulit normal. Memastikan kulit berada di keseimbangan yg cantik. Pokok bic ini terkenal sebagai pokok awet muda. Formula ini member tenaga, dan mencergaskan semula serta meningkatkan kecantikan semula jadi
3)      Formula 3 ditambah dengan Witch hazel untuk membantu menjernihkan kulit. Membantu mengawal penghasilan minyak sepaya tidak banyak minyak di permukaan kulit. Membantu mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas...

Saya sekarang pakai Formula 2 sebab kulit normal..sangat menyegarkan...cubalah try 


Sunday, July 10, 2011

DETIK-DETIK BERSIH

Diperoleh dari sumber: http://bersih.org/
Peristiwa di catat bermula dari pukul 11.05 pagi sehingga 03.16 petang
Sekadar berkongsi maklumat disini

 
gambar sekadar hiasan

1516 – Thousands at Jalan Hang Tuah and Jalan Hang Jebat, heading for Stadium Merdeka. A  Samad Said already there
1506 – Msian Insider reports 5,000 trapped at Tung Shin Hospital in Pudu, police moving in
1503 – Crowd at Stadium Merdeka numbers in the thousands, people continue converging; police begin firing water cannon
1458 – People continue to gather at Stadium Merdeka
1446 – Reports of tear gas being fired into Tung Shin Hospital
1432 – Msian Insider reports that a group of supporters have gathered at Stadium Merdeka
1423 – More tear gas fired, reportedly now also at KLCC and KL Sentral
1412 – Police have charged at Pudu, the crowd is running
1405 – Crowd near Pudu is regrouping despite tear gas and water cannon assaults
1351 – Police fire tear gas near Pudu Station at 100k people
1344 – Water cannons fired at various locations, including Dayabumi, near Menara Maybank, Jalan Tun Perak
1329 – Over 5,000 gather at Menara Maybank, waving Malaysian and state flags http://yfrog.com/kjfjszaj
1323 – Thousands marching along Petaling St towards Pudu
1320 The few thousand strong crowd from Pudu Plaza have reached Jalan Bukit Bintang, still heading to stadium
1315 – Malaysiakini reports 1,000 at Masjid Jamek beginning to move to Stadium Merdeka
1306 – Bersih leaders and participants will break for solat Zohor before marching towards Stadium Merdeka
1303 – 3 thousand at Pudu Plaza heading for Stadium Merdeka
1254 – A group on Jalan Sultan encountered a roadblock at Jalan Hang Tuah, and has turned around, still proceeding to venue
1251 – The Petaling Street group is marching towards Pudu now. Malaysian Insider reports a few hundred marching near Mydin on Jalan Tuanku Abdul Rahman
1243 – Two groups of Bersih supporters have merged near petaling street
1242 – FRU moving down Tan Cheng Lock, towards Pudu
1239 – Tear gas fired on Selangor Club Padang, crowds running across Market St bridge and up towards Masjid Jamek
1235 – Msian Insider reports 2,000 people moving towards Dataran Merdeka
1230 – Photo album of the scenes by Malaysiakini photographers
1225 – Many people are seen loitering at the back lanes of Masjid Jamek area. Ready for action.
1220 – Crowd moving toward Menara Mayban. Pic
1152 – 200 people gathered at old KTM Station, a dozen arrested, chaotic scene of scuffles between police and people
1123 – People were beaten by police with rattan at Sogo area.
1120 – So far reports of arrests at Masjid Negara, Masjid Jamek, Sogo, Jln Raja Laut. But generally police are not stopping people from walking into city centre. They are checking for Bersih t-shirts.
1105 – It’s quiet and limited traffic passing by Stadium Merdeka/Jln Maharajalela. Police personnel and trucks spotted at car park.

p/s: begitu kuat suara dan kuasa manusia bila bersatu padu...lebih baik berjemaah dari seorang...

LUAHAN HATI JIMMY SEBAGAI SUAMI & BAPA

luahan ini diperoleh dari blog http://kayyana85.blogspot.com/2011/06/luahan-hati-seorang-suami-bernama-jimmy.html. Diletakkan di blog ini bagi bacaan umum. Marilah kita renung2kan...
 
INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.
 
Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.
 
Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.
 
Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.
 
Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.
 
Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.
 
Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.
 
Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.
 
Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya. Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.
 
Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.
 
Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.
 
Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.
 
Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu. Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik. 

 gambar anak yang baru lahir sebagai hiasan
 anak2 penambah seri rumahtangga dan pengikat kasih sayang
bau anak yang baru lahir umpama bau harum dari syurga..masyaAllah
 
Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.
 
Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.
 
Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.
 
Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.
 
Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.
 
Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya. Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati… sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.
 
Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya. Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.
 
Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.
 
Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.
 
Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati. Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.
 
Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.” Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.
 
Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.
 
Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.
Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.
Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja. Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.
 
Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.
 
Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya. Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.
 
Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua. Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.
 
Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.
 
Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.
 
Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.”





Monday, June 20, 2011

MARY KAY STARTER KIT ONLY @ RM180



 isi borang ahli ( emailkan alamat rumah anda untuk saya sendkan borang ahli)

 

mary kay akan poskan satu set starter kit dalam beg mary kay yang elegant (dah siap  susun teratur barang2 dalam beg )
 ini lah gambar keseluruhan barang yang terdapat dalam beg mary ( tapi kurang satu, mary kay chart -mcm kalender- tertinggal kat opis , sorry tak dapat tunjuk di sini)

siap dapat free gift barang mary kay satu set (bernilai RM350 total)









ini ialah sampel2 kecil yang diberikan oleh mary kay untuk tujuan demo atau percubaan sebelum order..ni pon dah siap ada dalam beg mary kay tu..


katalog siap diberikan 3 naskah untuk dilihat oleh kawan2 dan keluarga.


After sign up, kita akan dapat sebuah bag mary kay yang lengkap dengan macam2 barang seperti di atas...dengan hanya bayar RM180 sahaja..memang berbaloi. Siap dapat set produk yang harganya RM350 free aje. Fuhh...untuk nak jadi ahli, email me : nuanisa@gmail.com

Monday, June 13, 2011

BANDUNG EXPERIENCE BY PRUDENTIAL


Seronok...prudential telah menaja percutian kami di Bandung bersama ajen2 prudential yanng lain. Bermula dari airport sehinggalah ke bandung dan pulang semula ke tanah air, prudential telah memastikan kami mendapat percutian yang terbaik dan bermakna.

Kali ini, kami pergi berdua, anak2 tinggal bersama nenek dan atuk. Rase sedih tapi terpaksa tinggalkan untuk 4 hari. Hari pertama kami di bawa melawat sekeliling bandar bandung n then check in hotel. Keesokan harinya baru best, pergi naik gunung berapi, tangkuban perahu. Cantik pemandangan. Orang kata sejuk tapi by the time kitaorang gi tak sejuk pon. Pastu hari ketiga pergi shopping2. Hari keempat dah berangkat pulang.

Yang best pergi dgn prudential, hospitallity dia bagus. Kita terjaga dan di bawa ke tempat makan yang mewah2. Hotel pon best. Kami dalam group, ada 8 orang je melayu, lain sume bangsa cina. 


Berdua lebih baik dari seorang. Sebenarnya hanya nua yang dapat tajaan prudential, tapi boleh bawa spouse, kene bayar sikit la untuk nisa nak join. Tapi seronok gi berdua..Banyak perkara yang dapat dilihat bersama dan berkongsi2 pendapat

Dari dalam kapal terbang kami tak sabar untuk sampai ke bandung. Setibanya di airport Bandara Hussin Sastranegara Bandung, kami amat teruja. Sempat bergambar sebelum ditegur oleh polis airport. Rupa-rupanya, airport ini adalah military airport. Tak lama lg bandung akan buat airport baru untuk international airport bandung. So bergambar la sepuas hati sebelum dah tak landeing kat sini lagi akan datang.

Kami disambut mesra oleh ajen pelancongan yang dilantik oleh prudential dan pemandu pelancong di bandung, namanya Ahmadi. Driver bus di sana dipanggil "Big Daddu" dan pembantunya dipanggil "small daddy" kami meneroka bandar bandung seharian sebelum check in hotel. Kesimpulan di bandung ini , yang kaya, sangat kaya dan yang miskin itu, sangat miskin" terlalu besar jurang antara 2 darjat.


Setiap meals dah disediakan oleh prudential, so tak perlu risau lagi, cuma hari ketiga kami dibiarkan bebas untuk bershopping2 jadi ajen pelancong insuran tidak lengkapkan meals seharian tuk kami kerana masing2 ilang buat haluan masing2 sebelum pulang keesokkannya. Jadi ada lah yang mula perut masuk angin sbb takut dan tak tahu nak cari kedai makan yg okey sbb dgr cite byk pula orang malaysia yang masuk hospital sbb berak2 dan muntah di sana. Alhamdulillah nuanisa dapat cari tempat yang sedap dah bersih.
Ketika sampai sehinggalah hari kedua kami dibawa ke restoren yang besar2 dan agak mewah..tengah hari makan makanan minang, malam makan makanan sunda...sedap juga..lapar kot :)



 



Hotel golden flower kat bandung ni selesa jugak..siap ada wayang untuk ditonton di bilik tayangan di ground floor. Nuanisa layan gak wayang kat situ..hehe sementara menunggu sume siap tuk naik bas gi jalan2.

 Apa yang menarik, bangun pagi je , prudential dah ucapkan good morning kepada kami dan menjamu kami dgn makanan yg membuka selera kami di awal pagi..bole la

 
 Hari kedua kami di bawa ke tangkuban perahu, gunung berapi yang masih aktif, tapi kami tak dibenarkan turun ke bawah sbb ada kes yang mati sbb terhidu sulfur beracun dari kawah gunung berapi tersebut. So kat sini ambil gambar dan shopping2 kraft buatan tempatan yang kebanyakkannya dibuat daripada batu dan larva gunung berapi tersebut. So kreatif



 Ada dua banner, satu dari prudential sendiri, pastu kami gi amik gambar ngan banner company nua jer...Al-Israq associate...kalau ikutkan company al-Israq tak bayar sertai trip bandung ni sbb mereka yg lain dah gi australia
tapi of course la nak amik gambar kami berdua banyak2...hehe banyak lagi gambar posing mem posing sebenarnya..tapi biarlah rahsia :p



Disepanjang kat atas gunung tu, kami sentiasa diekori oleh penjaja2.. mereka kata mereka penjaja berlesen :p hehe setiap seorang pelancong ade 2 penjaja eskot..bayangkan petapa ramainya penjaja dari pelancong di atas gunung berkenaan. Simpati punye pasal beli jugaklah...ada satu perhiasan yang diukir dari batu gunung ni, dijual dgn harga 600 000 rupiah tapi  lepas kami buat tak heran je, dia turunkan harga slow2...bila nak balik sgt dah dia nekad cakap 100 000 rupiah je (dalam RM30 lebih je) ok la tu, terus rembat.



Selepas turun dari tangkuban perahu, kami di bawa berjalan2 di bandar sekitar nya dan di Puncak. Kami menikmati makan tengah hari dan malam di Puncak. Pemanadangan sangat indah...

Kami juga turut di bawa ke kartika sari, kedai bakery orang indonesia yg sgt terkenal..tapi rata-rata yang bangsa cina tak nak kat sini, diaorang nak tengok keke kat holland bakery, so driver pon bawa lah kami ke holland bakery.. Siap tempah2 kek minta orang kedai tu buat fresh hantar kat hotel before kami check out dari hotel nanti




Kalau dah cintakan seni, kat mana2 pon kita akan nampak dan kagum kesenian orang. Tapi yang paling best nye..lukisan oil painting di atas kanvas ni after tawar menawar, 2 keping nuanisa dapat beli 120 000 rupiah je (Rm 60 lebih) kalau kat malaysia mahu RM 400-RM500 sekeping) berbaloi la...pasni cantik lah rumah kami, tambah lagi painting menghiasi dinding rumahku :p



Kat Bandung apa yang istimewa ya? Ermm shopping2 je lah kot..so sape bawa duit byk, kerjenye menyopping je..bila cash dah habis, guna credit crad..huhu...tapi kalau belil brg yang harga cam same je kat kl dan ade je kat kl baik tak yah, buat berat beg je..kalau nak beli, beli brg yg tak ade kat kl. mcm batik indon ke, kraft dia ke and lain2





Hehe mana-mana gi cari lagi painting...sbb tau kat malaysia amat mahal..nak tunggu nisa wat painting take time la...takpe mcm mana pon satu hari nanti nisa akan hasilkan satu painting untuk tatapan sume..tungguuuu
Akhirnya sebelum pulang, sempat lagi kami bershopping di pasar baru dan packing cepat2 sbb bas datang ambil kul 11pagi untuk ke airport. Yang lambat siap, kene tinggal, gi airport naik teksi sendiri sbb risiko tuk org lain kalau tunggu dia sorang..huhu


Lepas dah seronok melancong tempat orang. Tak sabar rasanye pulang tuk dakap anak2. sampai je airport terus dukung anak2 yang sangat dirindui. Kamisempat beli baju batik indonesia sedondon :p